Lihat cermin dan baca doa, ya Allah perbaikilah akhlakku sebagaimana Engkau perelokkan wajahku. Mengaku eloknya wajah ciptaan Allah lalu kita berbangga dan lupa diri? Sampai sanggup mengata dan menghina orang lain? Bukan saja musim pilihanraya, tetapi hari-hari lain pun sama. Cuma sekarang perangai keji ini semakin sebati ddalam jiwa manusia.
Lihatlah asal kejadian kita. Bermula dari air mani yang keluarnya dari lubang najis, bersenyawa menjadi seketul daging, lalu membentuk satu kejadian yang cukup hodoh. Itulah kita, yang lahirnya melalui lubang tempat keluarnya najis juga. Kita semua sama. Melalui fasa kehidupan yang hampir sama. Lalu bila sudah kenal dengan dunia, kita senang-senang melupakan asal kejadian kita. Merasa bangga dengan bangsa, keturunan dan segala harta yang dimiliki.
Lebih jelek lagi, kehebatan bangsa dan diri ditonjol seperti bangsa lain hina sehina-hinanya. Membangga diri lalu mencaci dan mencerca orang macam diri sendiri sesempurna nabi.
Persoalannya kenapa kita suka menghina? Sedih rasa hati bila kita dikelilingi orang yang hina. A kata B, C kata D, D kata B, macam itulah fenomenanya kini. Malahan mungkin kita juga tergolong dari kalangan mereka yang dikatakan hina. Ye.. Memang kita sama-sama hina di sisi Allah jika kita menghina sesama kita.
Hentikanlah polemik ini. Kita takkan jadi mulia dengan menghina orang. Kita takkan terhina dengan hinaan manusia. Sedarlah, kalau Allah menghina kita, satu sen pun dah tak guna.
Hazmin Hamudin says
Bila dah rasa diri tu sempurna mulalah nak menghina dan merendah-rendahkan orang lain. Padahal, setiap manusia ada kelemahannya.
Cikgu Hairul says
tak sedar kelemahan diri.. emmm.. memang ramai manusia camtu. kadang-kadang terfikir juga. adakah aku termasuk dalam golongan itu.
hafiz says
sedarlah wahai umat manusia….
Cikgu Hairul says
moga kita insaf.
amirulfaiz says
Terima kasih mengingatkan diriku yang sering lupa, alpa. 🙂
titan says
orang kita bab menghina ni..memang nombor satu.
afif says
betul..xkemana ade budaya ni..a hina b..b hina psusing situ je la..minda pun x berkembang…padahal kalau bersatu a dan b boleh melangkah jauh..
anip says
sedarlah siapa diri kita nak ciptaan tuhan..
cik tom says
org malaysia bab mengutuk..menghina mmg top…bak kata pepatah kuman seberang laut nampak..tapi gajah depan mata langsung tak nampak…
eiela says
tak baik menghina orang lain kan. kita pun belum tentu sempurna lagi.
Amar says
Macam tahi hidung, masa dalam hidung tak bau pun, bila korek keluar, cuba hidu, busuk.
Air dalam zakar, bukan najis. Kalau najis, pundi kencing kena kosong, baru boleh solat. Yang dah keluar baru dikira najis (air kencing). Mani bukan najis. Sebab tu zakar tak di kira saluran najis. Zakar ialah kemaluan. Saluran najis cuma dubur.
Kita dikandung dalam rahim, keluar melalui faraj, juga bukan saluran najis. Sebab tu kita hanya dibenar menyetubuhi faraj. Dubur jangan.
Bila orang menghina orang, itu sebab dia rasa dia memiliki kelebihan berbanding orang lain. Mungkin kerana solatnya banyak, puasanya banyak, sedekahnya banyak. Mungkin kerana dia cantik. Tapi orang juga menghina dirinya sendiri, kerana dirinya diciptakan hodoh. Dia usaha untuk ubah dirinya sampai dia rasa give up. Orang juga menghina dirinya sendiri dengan membiarkan dirinya dihina orang. Atau dia menghina orang hingga orang melihat dirinya pula begitu hina.
Yang laut, pulang ke laut. Yang darat pulang ke darat. Pulang balik ke tempat asal. Pulang pulih sediakala. Semua pulang kepada Allah. Innalillah.