Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Augmented Reality (AR)

Augmented Reality (AR)

7 November 2014 by admin

Bismillahhirrahmanirrahim.

AR bukanlah perkara baru bagi orang IT khasnya dalam bidang Multimedia Science Computer. Seseorang yang claim dirinya sebagai graduan Multimedia tapi tak tahu AR, mungkin dia terlupa saja, tepuk dahinya sekali tentu dia akan ingat semula apa itu AR.

credit to http://blog.cheapoair.com

AR ialah suatu algoritme yang membolehkan pengecaman sesuatu imej atau objek jadi lebih mudah berbanding QR code. Kita temui semakin banyak QR code digunakan di papan iklan. Dengan QR code reader dalam smartphone, kita boleh scan QR dan kita perolehi data disebaliknya.

Sama konsepnya dengan AR. Cuma AR lebih maju. AR berkeupayaan mengecam imej atau object secara terus. Tak perlu kepada code. AR seumpama suatu app yang boleh diprogramkan untuk mengenal sesuatu benda.

Andaikan kita programkan produk jam tangan ke dalam app AR dengan beberapa info ke dalamnya. Setiap kali kita scan jam tangan tadi (asal saja design dan model yang sama), app AR akan berikan maklumat yang sepadan dengan jam tadi sepertimana yang telah diprogramkan.

Buat masa ni AR masih baru. Suatu hari nanti bila kita snap satu object yang tak dikenali dengan app AR, ia boleh buat carian di internet dan beritahu kita apakah bendanya tu.

Jika kita lawati suatu tempat, aktifkan kamera telefon, kita akan diberitahu apakah nama tempat tu beserta cerita tentangnya.

Jika kita aktifkan kamera telefon pada suatu replika di muzium, kita akan tahu segala macam cerita tentang replika tu melebihi apa yang tertera pada tag yang ada padanya.

Dalam bidang kemahiran automotif, pelajar hanya aktifkan kamera telefon pintar ke arah enjin kereta, telefon dengan keupayaan AR akan tunjukkan simulasi 3D bagaimana cara nak membuka dan memasangnya.

Teknologi ini telah sangat hampir dengan kita. Sesiapa yang rasa nak kejar teknologi ini sebagai karier atau developer, boleh mulakan dengan carian Augmented Reality. Sebagai satu dari pakej algorithme yang telah tersedia, boleh cuba Metaio.com

Selamat mengejar teknologi.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. ringantangan says

    7 November 2014 at 07:05

    Dunia semakin maju, harapnya kita tidak ketinggalan. 🙂

    Reply
  2. Amar says

    7 November 2014 at 08:20

    Kalau kita kejar in sya Allah tak ketinggalan. Kalau kita masih ikut perangai orang Melayu yang tunggu dan lihat dari bawah tempurung, jawabnya tak ada lah… 🙁

    Reply
  3. TehR says

    7 November 2014 at 20:30

    perkara baru bagi aku
    sebelum ini tak pernah tahu mengenai AR ini
    tq

    Reply
    • Amar says

      8 November 2014 at 16:44

      Sama-sama

      Reply
  4. Nurul Huda says

    8 November 2014 at 10:04

    Begitu halnya AR. Sebuah info yang menarik untuk diketahui.

    Reply
    • Amar says

      8 November 2014 at 16:49

      Di Universiti Malaya kami gunakan AR untuk exhibition. Bulan depan kami akan pamerkan kesenian Mah Meri Mask di Hong Kong. Pengunjung boleh berinteraksi dengan objek 3D dalam iPad tanpa menyentuh terus Mah Meri Mask yang dipamer.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in