Hati-hati bila menulis sesuatu di blog. Memang kita duduk dalam negara demokrasi tapi kita adalah sebuah negara demokrasi bersyarat. Boleh bercakap, boleh berhimpun, boleh menulis tapi tak boleh bercakap soal itu ini begitu begini, boleh berhimpun tapi berhimpun cuma kat sini sini dan sini dan atas tujuan itu dan ini je, boleh menulis dan meluahkan rasa tapi cuma tulis yang ni, yang tu, yang macam ni je. Kalau didapati menulis macam ni, macam tu kena saman atau lebih parah lagi kena ISA.
Itu hakikat sebagai seorang rakyat Malaysia. Tak payah nak bantah dan tak payah nak komplen. Kalau kita rasa tak puas hati diamkan je. Kalau kita rasa puas hati sangat barulah kita canangkan merata dunia. Dunia kita penuh dengan hasad dengki. Penuh dengan kebobrokan. Dunia penuh hipokrit.
Kalau kita duduk di dapur dan cerita perihal dapur itu tak apa. Kalau kita duduk di sekolah cerita pasal sekolah itu pun tak apa. Tapi kalau kita cerita dapur kita tak berasap sebab tak mampu nak beli gas, yang tu kena hati-hati. Sebab cerita tu sedikit sebanyak akan berkaitan dengan orang berkepentingan. Bila ada kait mengait dengan orang berkepentingan maka tunggulah tindakbalas darinya.Begitu juga kalau kita cerita sekolah kena bayar yuran lebih yang tu pun kena hati-hati. Macam saya kata tadi. Bila ada kait mengait dengan orang lain jangan kita cerita. Walaupun kita tidak maksudkan kepadanya pun.
Orang boleh adukan apa saja tentang apa yang kita tulis kepada SKMM. Andaikata tulisan kita itu terkena batang hidungnya semudah abc dia boleh adu kata blog kita telah menganggunya. Walau perkara yang diceritakan itu benar tapi tak boleh tulis. Orang marah kalau kita cerita salah orang. Islam pun larang kita cerita keaiban orang lain.
Kalau kita diberi kebebasan sangat pun tak boleh. Naik lemak orang kata.. Macam lembu, bila dilepaskan tanpa diikat habis musnah satu padang ragut. Kebebasan juga ada batasnya. Kebebasan yang ada panduan. Sebab tu la Allah ciptakan undang-undang untuk manusia. Bukan untuk membebankan kita, sebaliknya untuk menjaga kebajikan kita.
SKMM sekarang ni sedang memantau blog dan portal yang dikenalpasti sebagai blog penghasut, penyebar fitnah, dan pengancam keselamatan negara ikut tafsiran SKMM. Jadi hati-hati bila menulis dan meluahkan rasa. Awas anda sedang diperhatikan. Silap haribulan ke dalam kita.
sabar je la,bro.sama macam kat sekolah.kalau tak puas ati dengan pentadbir,redha je la…
Redho dalam terpaksa..
bagus jugak, ade keje gak diorg nie… ekeke…
Baik-baik takde keja, dia cari keja. heheh
Salam. Berani kerana benar, ya udah! :))
sekarang ni berani kerana kuat. Bukan berani kerana benar lagi cikgu..
Banyak blog yang siar video lucah anwar.. tak kena lokap pun…eheh…
Video lucah takrifan SKMM dibolehkan kot..
Ada pulak kelonggaran kat situ. Paham-paham je la kalau dah kuat.
hati hati yer semua
Blog saya yg lama pernah kena intip…tapi tak ada apa yg mereka dapat,gara2 ada entri yg sindir gov..
kalau boleh di sharekan pengalaman kena intip tu pun best gak
Ooo..Walaupun kita bercerita mengenai org pun kena saman? Contoh mcm kwn-kwn kita ke.sedara-sedara kita ke.kena saman kew?hihi. Pelik dunia sekarang. Manusia terdesak nak duit je saman menyaman nie.
bahaya.. kalau mereka nak buat duit.. boleh je dia saman kita. huh takut gak..
Itu leeeerrr.Tapi blog ni kan blog kite.personal blog.suka hati kita lerh.awatnya dorg nak saman menyaman nih? pelik ja.sukati depa lah nk tulis apa 😛 kikikiki tapi kalo takde full name, pic org yang dia mengutuk, cukup ke bukti nak saman? 😛 ~
Betul..