Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Ayah pecah amanah

Ayah pecah amanah

15 November 2013 by Cikgu Hairul

Bismillahhirrahmanirrahim.

Peristiwa ni berlaku lama dulu, semasa ayah saya masih ada di dunia ni. Peristiwa ni antara cerita penting dalam pembentukan diri saya yang hari ini.

Ketika tu saya masih di tingkatan 4. Kelas sains tulen. Masa tu subjek matematik moden tak boleh guna kalkulator. Tapi matematik tambahan boleh. Kalkulator biasa lah, bukan yang saintifik tu. Di rumah, saya tak pernah study. Kalau buka buku tu maknanya buat homework.

Hari tu saya malas sangat, homework matematik moden. Tak boleh guna kalkulator. Cari kalkulator saya tak jumpa pulak. Letak merata. Jadi saya dengan selambanya buka laci ayah dan ambil kalkulator ayah.

image

Selesai homework, happy lah. Chewah, masa nak simpan balik kalkulator ayah terkantoi. Tiba-tiba ayah tempik dari belakang. Dengan mata yang tajam ayah kemudiannya arahkan saya keluarkan kalkulator tu, letak atas meja, sebelah buku matematik. Kecut perut lah, “mati aku kali ni.” Ayah jarang marah. Ni mesti kes berat.

“Sejak bila hisab (matematik) moden boleh guna mesin kira? Ni kerja orang tak amanah. Yang tu hang selesai sendiri dengan cikgu hang.”

“Kedua. Hang buka laci ayah, hang minta izin ayah dak? Tak minta izin, menceroboh.”

“Ketiga. Cuba hang kalih (terbalikkan) mesin kira tu, tengok belakang. Ada tulis apa tang tu?”

Sentap. Speechless. Air mata mengalir tak dapat ditahan-tahan. Perkataan yang tertera ialah MASJID.

Saya guna kalkulator masjid. Ayah saya bendahari masjid. Ayah tak pernah guna mana-mana barang masjid untuk kegunaan sendiri atau kegunaan lain. Walaupun sebatang pen. Dalam simpanan ayah ada 3 kalkulator; personal, masjid, dan koperasi.

“Anak ayah salah guna harta masjid yang dalam simpanan ayah maknanya ayah pecah amanah. Sampai hati hang…”

“Nilai bateri yang hang pakai tu, susut pakai mesin kira ni, buleh aku cari ganti. Tapi bab pecah amanah ni apa aku nak jawab di sana? Hang ambik mudah ja perkara macam ni. ”

Selepas tu ayah keluar. Cari ketenangan kut. Saya diam di situ berteleku. Kalau tunggul kayu dikatakan kejung tak bergerak, samalah dengan saya masa tu.

Sampai sekarang, bila tengok kalkulator, teringat ayah. Mudahnya saya lepas pandang soal amanah. Kalkulator dan pen pun boleh jadi pecah amanah.

Cuba kita fikirkan pula kenderaan syarikat, komputer dan printer office, peti cash syarikat, duit kawan-kawan, harta pusaka dll.

Renung-renungkanlah.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. shraqs says

    16 November 2013 at 01:10

    Terbaik post ni. Mengingatkan kita semua supaya sentiasa berfikir panjang sebelum bertindak dalam semua perkara lebih – lebih lagi bila melibatkan harta orang lain untuk kepentingan diri..

    Reply
  2. ahmadyani says

    16 November 2013 at 15:20

    Allahu Akbar!

    Reply
  3. Khairul Zamri says

    16 November 2013 at 16:48

    terbaik bro – mendalam maksud tu

    Reply
    • Amar says

      16 November 2013 at 20:06

      Mendalam dan masih menikam hati. Sampai hari ni.

      Reply
  4. pahan says

    16 November 2013 at 23:50

    betul gak kata bpk ko tu.hehe. ko pun satu gak. selamber je.hehe. doakan semua mendapat keampunan dari Allah. amin

    Reply
  5. Klinik Cinta says

    17 November 2013 at 00:58

    apa saja yang ayah kita ajar dari dulu kita akn ingat sampai bila-bila 🙂

    Reply
  6. Amar says

    17 November 2013 at 07:41

    Dalam proses belajar mengenal hidup kita banyak buat silap. Tapi itulah pelajaran bermakna dalam kehidupan. Ayah dan mak yang tak berputus asa akan cuba sebaik mungki.

    Reply
  7. akubiomed says

    17 November 2013 at 09:38

    Peringatan untuk diri sendiri. Terima kasih.

    Reply
  8. blogger lelaki says

    17 November 2013 at 10:17

    nampak mcm benda simple je..tp pengajarannya cukup besar bro

    Reply
    • Amar says

      17 November 2013 at 14:53

      Iyalah. Pastinya ayah dan mak kita itulah guru kita yang pertama.

      Reply
  9. Fadhil Husin says

    17 November 2013 at 14:31

    Rasa nak mengalir air mata je baca post ni. Benda sekecil itu pun akan dihisab di akhorat kelak, apatah lagi yang besar2

    Reply
  10. Arman says

    17 November 2013 at 15:20

    Perkongsian terbaik. Tangggungjawab memegang amanah ni sangat berat. bukan boleh di pandang ringan.

    Reply
  11. Bahrain says

    17 November 2013 at 16:41

    cerita penuh pengajara ni, kadang2x benda ni pun kita ambil mudah. AKu pernah jadi bendehari pun dok fikir, pernah tersalah guna duit ke tidak..harap2xnya tidak..

    Reply
  12. Mizz Aiza says

    18 November 2013 at 12:04

    semoga kita mengambil ikhtibar.. memang berat untuk memegang amanah.. dulu selalu tengok di pejabat ada staf yang sewenangnya menggunakan kemudahan pejabat (pen, printer, etc) untuk kegunaan peribadi.. sebelum aiza berhenti kerja dulu, semua alat tulis hak milik pejabat (pen, stapler, pensel, kertas, etc) aiza pulangkan semula kepada pejabat..

    Reply
    • Amran says

      18 November 2013 at 13:54

      mungkin juga tak sedar atau tak tahu. kena diberitahu atau diingatkan perkara kecik macam ni. sebab bila dah membesar, ia akan jadi barah yang akan merosakkan.

      Reply
  13. Raudzah says

    18 November 2013 at 21:21

    Alhamdulillah..masih ramai yang benar-benar menjaga amanah didalam dunia…sebenarnya tugas memegang amanah ni amat berat especially kalau bekerja dioffice..banyak benda yang bukan hakmilik kita tapi tanpa sedar digunakan untuk personal..susahkan..

    Reply
  14. TehR says

    19 November 2013 at 00:57

    berat
    anak adalah amanah yang paling berat
    moga2 kita sentiasa mendapat petunjuk dan diberi pertolongan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in