Kebayan bukan kuat berdiri, apalagi hendak mendabik. Tapi langkah Kebayan beriring hulubalang yang banyak. Hulubalang yang berjalan dalam terang dan yang menyusup dalam semak.
Kebayan ialah musuh hakiki cerdik pandai yang menulis rumi dari kanan ke kiri. Itu ialah gara-gara Kebayan baca tulis ruminya dari kiri ke kanan, dan baca tulis jawinya dari kanan ke kiri; sangat bersalahan dengan cara cerdik pandai.
Ilmu Kebayan dapatnya dari perjalanan Kebayan dengan tongkat reput yang sepadan dengan empunya tongkat. Ilmu cerdik pandai dapatnya dari Masaleikh dan So’od.
Cerdik pandai tertanya-tanya, siapakah Masaleikh dan So’od itu? Dek kerana tertanya-tanya itu cerdik pandai pun berdiam. Gusar kalau menyampuk ternampak bodoh, tak sepadan dengan kemegahannya.
Adapun Masaleikh itu ialah orang ada-ada yang membantu So’od memenangi perang dan menjadi raja di negeri kiblat.
Sudah bulat biji mata? Maka itu otak cerdik pandai pun mula ligat meneka asal usul kepandaian mereka. Lalu cerdik pandai pun tergerak hati mahu naik dari bawah batu dan mencari Pakcik Google untuk mencari petunjuk, cari pedoman. Kah kah kah… Cerdik pandai itu mudah diteka geraknya.
Kebayan itu pula tinggalnya bukan lagi lama. Bila-bila boleh meresap hilang dari pandangan dan dari kenangan. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh cerdik pandai yang menulis rumi dari kanan ke kiri. Tapi persoalannya, selepas Kebayan meresap hilang, mampukah cerdik pandai buat apa yang cerdik pandai cakap selama ini? Berbekal pengalaman duduk bawah batu.
#BabEmpat
Leave a Reply