Kebayan orang lama yang kisah silamnya terlipat rapi. Katanya dia Melayu, walaupun hidungnya tidak pesek. Katanya dia Melayu walaupun dia hanya bantu kaum keluarganya sahaja dan Melayu celup seangkatan dengannya saja.
Katanya orang itu, orang sinun, dan orang entah siapa tak cekap, tak pandai. Cara dia saja yang betul. Tapi dia paling lama pegang cokmar, tak setara mana juga. Malah banyak juga yang rosak. Ketuk dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.
Kebayan itu pandai merupa macam-macam. Dia boleh jadi puteri lawa yang memikat, boleh jadi tua yang sadis, boleh jadi singa yang menerkam, boleh jadi ular yang membelit. Dia juga boleh jadi malaikat.
Kebayan ada tongkat hebat. Tongkat itu kian reput. Tapi dengan tongkat itu juga Kebayan dapat punahkan kayangan sehingga para dewa terpaksa meluru turun secara berjemaah. Kini menetap dalam parit, celah batu, dan dalam hutan. Tak kurang juga yang mati.
Para dewa dulu singkirkan Kebayan. Tapi dewa-dewa biarkannya hidup. Jadinya Kebayan kembali dengan sihir yang lebih gila. Dari itu ketahuilah menangani Kebayan tak kan pernah sama dengan yang lain. Perlu ada mentera khusus menghadapi Kebayan.
“Perlu ada mentera khusus menghadapi Kebayan.”
#BabEnam
Leave a Reply