
Sudah seminggu cuti sekolah. Emak abah dan anak-anak sudah pasti rasa gembira. Anak-anak sudah nampak wajah kebosanan. Apa taknya, dari pagi sampai ke malam asik mengadap tv dan komputer.
Wahai emak dan bapak yang sayangkan anak. Cubalah berhenti dari menghadap hal kerja. Cuba perhatikan anak-anak diwaktu cuti. Ada nampak tak wajah bosan kat muka derang? Kalau ada silalah buat sesuatu. Ni dah nak masuk bulan Disember. Cuti tahun berbaki tu gunakanlah untuk menghargai anak-anak.
Ayuh, banyak tempat beriadah boleh kita pergi. Bawak isteri, anak dan keluarga pi jalan-jalan makan angin sambil mengeratkan silaturrahim. Kalau nak ronda-ronda tempat bersejarah boleh melawat Melaka. Kalau nak tenang, bawaklah ke Tasik Kenyir. Bagi yang nak kedinginan, boleh melawat Gunung Jerai atau Cameron Highlands.
Ops! Cameron Highlands is a dangerous area sekarang. Banyak tanah runtuh katanya. Cuaca hujan dan keadaan tak menentu. Sebarang kejadian sila tanggung sendiri. Kat pulau kapas pun rasanya sekarang ni tengah tutup. Musim tengkujuh dah tiba. Kalau masih boleh dikunjungi, itu pun satu port menarik untuk melepaskan lelah.
Okeh, cuti lama saja mungkin tak memberi erti kalau kita tak pandai nak manafaatkan. Jangan biarkan sesi persekolahan tahun depan jadi sesi paling boring buat anak-anak sebab kepala tak direfresh masa cuti sekolah. Sekarang masa cuti, cutilah sungguh-sungguh.
Bawa jer anak-anak ke ladang, belajar jaga lembu. Boleh juga bercucuk tanam atau bertukang. Ataupun aktiviti memanah.
Mungkin juga boleh kautim dengan cikgu kimia buat tuisyen cara bikin bom.
Tengah bandar tak jumpa ladang.
ingat lagi masa saya cuti sekolah, kebiasaanya ibu bapa saya bawa ke pentai ataupun air terjun yang berdekatan..hilang tension..
Tempat2 macam tu la yang orang suka.
Siapa je yang nak belajor time cuti sekolah, macam tak de je…
Sebab tue, kalau dah start sekolah, lambat nak pick up
Belajar waktu cuti? Ramai mak bapak antar anak pi tuisyen masa cuti ni bro. Kesian budak2
masa sekolah dulu, time cuti jual kuih..bila masuk sekolah asrama, cuti balik rumah tidur jeee.haha
Macam ni barulah ada pengalaman baru
bawa gi banting aje. hehe..
Okeh.. Cari cendol semangkok.
dulu cuti sekolah pergi memancing…hehe.. zaman budak2 masih tak matang lagi… pagi2 keluar.. dah magrib baru ingat nak balik rumah…
ramai yang join tuisyen atau kursus semasa cuti sekolah ni huhu
masa untuk akak sudah berlalu, anak2 dah remaja, yang bongsu pun dah masuk kolej, kalau cuti semester mereka lebih suka untuk buat part time kerja, kalau bercuti mereka memilih untuk bercuti dengan kawan2, sebagai ibu bapa kami berdoa yang terbaik buat anak2, amin
pergilah bercuti sekali sekala dapat merehatkan minda mereka..
masa cuti ni ibu bapa perlu luangkan masa yang lebih untuk anak-anak..pastikan mereka ada aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan menarik ๐
kalau cuti sekolah memang acik akan lebihkan aktiviti kemasyarakatan ๐ join kem2 untuk bantu pelajar dan masayarakat ๐
kalau pergi bercuti siapkan aje ongkosnya, takpe yg penting asalkan anak2 happy, parents ceria ๐
Salam Amran..
huhu..mmg cuti sekolah sekarang ni..anak2 ade request nk mndi sungai..alhamdulillah..tertunai jgk la walaupun dpt mandi dlm 1/2 jam je.. musim hujan sekrg ni,bwk diorg pegi tgk wayang jer dulu.. huhu..
thanks singggah & komen.. tgh Google cara2 nk update RSS bloglist.. huhuhu
salam kenal ๐
kami belum bergerak ke mana2 pun lagi
nak kena tanya anak juga
mereka nak ke mana sebenarnya
cuti sekolah…mmg beri peluang utk anak2 cuti sungguh2…time nilah jugak masanya utk lebih kerap balik kampung jumpe tok nenek dan sepupu sepapat…tp jangan dilupakan terus tanggungjawab anak sebagai pelajar =)
Suami cikgu..isteri bekerja swasta.. time cuti sekolah ni dok kat umah kena jaga anak..hehehe..
dulu masa zaman kecik tiap petang main permainan tradisi.. bebudak zaman sekarang kesian.. merap kat rumah je main PS.. hehe