Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Bagaimana saya boleh masuk Islam

Bagaimana saya boleh masuk Islam

11 November 2013 by Cikgu Hairul

Bismillahhirrahmanirrahim.

Pengalaman baru dalam hidup selepas lama mencari tuhan dan mencari kebenaran adalah anugerah yang sangat tak ternilai.

Baru beberapa hari saya islam, macam-macam rasa yang menusuk ke dalam kalbu. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Saudara dan keluarga yang memandang ada yang bersyukur dan ada juga yang gulana, bimbang saya hanyut, bimbang saya gila, bimbang saya sesat, bimbang saya masuk neraka.

Bagaimana saya boleh masuk Islam?

Sejak kecil saya mencari tuhan. Saya banyak bertanya, berhujah dan membidas. Sehinggalah saya patah dan menyungkur rebah.

1. Islam ialah agama yang mudah. Cuma perlu tinggalkan yang haram dan terima yang halal. Jangan buat jahat dengan orang. Dirikan solat. Itu saja, sudah kira jadi orang baik. Dalam Islam tak ada keperluan kepada dakwah. Dakwah tu kerja susah. Tambahan pula kalau perlu masuk ke kawasan pedalaman. Susah bila ada babi lalu bawah rumah. Nak cari air wudhu pun susah. Nak kena samak semua tu, mana yang susah tak perlulah buat.

2. Islam agama prihatin. Lepas siap solat isya’ masjid ditutup dan dikunci. Semua barang-barang dalam masjid terpelihara, dijaga dengan penuh prihatin. AJK masjid boleh nafikan saja hak musafir untuk berlindung di masjid. Musafir boleh berteduh di luar pagar berbumbungkan langit. Tentu ada solusi dimana harta masjid boleh dijaga tanpa menafikan hak musafir, tapi mengunci masjid lebih praktikal.

3. Islam ialah agama yang penuh dengan keindahan. Wang zakat boleh digunakan sesuka hati. Riba juga dibenarkan asal saja tukarkan namanya kepada istilah lain dan namakannya dengan nama islamik. Beli seorang ustaz untuk keluarkan hadis, hukum dan fatwa yang boleh menyokong menghalalkan riba. Selesai masalah.

4. Islam ialah agama yang tinggi nilainya. Kalau belajar agama pandai-pandai, boleh buat duit. Ceramah sana-sini jadi orang jemputan boleh demand harga tinggi. Dakwah tak perlu comot, duduk atas pentas dan keluarkan apa saja hujah yang ada. Jual agama memang untung. Tinggi nilainya.

5. Islam agama terpilih. Apa-apa hukum dalam Islam yang menguntungkan kita boleh ambil dan pakai. Mana-mana bahagian yang tidak menguntungkan, boleh pilih-pilih dan tinggalkan. Ustazah-ustazah pula lantang berdakwah dan bersetuju dengan semua ajaran Islam, kecuali poligami.

6. Islam agama yang lengkap. Semua aspek kehidupan ada di dalamnya. Bab pemakanan khasnya, hampir semua makanan diberi cop halal kalau ada duit. Perusahaan besar letak racun dalam makanan pun boleh dapat cop halal. Perusahaan kecil yang miskin tak boleh dapat cop halal sebab kriteria halal tu hanya diberi kepada perusahaan besar. Nak dapat cop halal mesti guna modal yang besar.

7. Islam agama yang banyak dana. Islam ada baitulmal untuk bantu orang susah. Orang susah hanya perlu mengemis dari baitulmal. Ulang-alik turun naik melayan kerenah birokrasi belum tentu dapat bantuan. Baitulmal mudah beri bantuan asal saja yang datang tu rela mengemis dan perhinakan diri macam tak ada maruah. Orang berkedudukan yang tak ada maruah, memang mudah dapat bantuan.

Ciri-ciri Islam yang saya tulis di atas ialah Islam versi senget yang diguna pakai dengan meluas hari ni. Itulah maksud yang saya kata, “baru beberapa hari saya Islam” sebab selepas saya tinggalkan fahaman senget ni, barulah layak saya mengaku ISLAM.

Maka dengan penulisan ni, lebih mudahlah saya dihukum masuk neraka OLEH MANUSIA.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Anak Askar Pencen says

    11 November 2013 at 14:49

    Islam itu adalah agama yang sempurna. Cuma manusia itu sendiri yang merosakkan kesempurnaan Islam itu.

    Reply
  2. encikarman says

    11 November 2013 at 18:01

    ehh… rasa cam cantik molek plak blog nih… kemas semacam jer…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      11 November 2013 at 18:43

      Yeah… thanks bro. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Theme ni jadi penyebab bouncerate naik mendadak. Rasa cam nak tukar pun ada.

      Reply
  3. azahairi says

    11 November 2013 at 18:31

    Cantik ayat2 yang digunakan memang releven dengan islam yang ada sekarang nier …kita kena banyak kembali kepada islam yang asal . Belajar hukum hakam tinggi2 tapi bab menjalankan tanggungjawab takut pada pemerintah dan kehendak dunia . Macam mana islam nak cantik kalau benda yang dituntut tidak diikuti. Islam a way of life jadi kena terima keseluruhan islam baru la islam nampak cantik di mata dunia .

    Reply
    • Amar says

      12 November 2013 at 09:27

      Betul tu saudara Azahairi.
      Rasa seperti Islam itu ditadbir oleh orang bukan Islam. Masjid dikunci sampai ke pagar.

      Reply
  4. Izzuddin Fauzi says

    12 November 2013 at 08:21

    Saya teringat satu kata-kata seseorang
    “Aku beruntung mengenali Islam sebelum mengenali orang Islam..”

    Fikirkan… 🙂

    Reply
    • Amar says

      12 November 2013 at 09:34

      Setuju dgn saudara izzuddin.
      Dalam maksudnya tu. Hirisnya melepasi kulit dan isi. Terus sampai ke tulang.

      Reply
  5. zool says

    12 November 2013 at 20:43

    betul la tu.. sekarang ni macam2 cara yang boleh merosakkan pandangan orang bukan Islam terhadap kita.

    Reply
    • Amar says

      12 November 2013 at 22:56

      Itulah yang dimaksudkan oleh Dato’ Onn, Beginilah kurang lebih kata-katanya “Dengan kedudukan yang ada, saya dapat melihat sesuatu yang biasanya orang tak dapat lihat. Sayangnya mulut saya terkunci.”

      Dato’ Onn tak bersetuju dengan syarat kemerdekaan British. British masukkan jarum dalam UMNO untuk menurunkan Dato’ Onn dan digantikan dengan Tunku Abdul Rahman. Yang kemudiannya didesak oleh orang-orang UMNO supaya menuruti syarat dan kemahuan British.

      British berikan kemerdekaan pada waktu itu kerana mereka lihat Orang Melayu ketika itu sangat berpegang dengan ajaran Islam. British berikan kemerdekaan bersyarat, ikut undang-undang taghut.

      Kemudian Tunku Abdul Rahman berpesan, “Kemerdekaan ialah suatu nikmat yang padanya ada mudarat.”

      Sama-samalah kita renungkan.

      Reply
  6. raudzah says

    12 November 2013 at 23:57

    Islam agama yang sempurna dan mudah bagi mereka yang betul-betul memahami nya. Malangnya ramai yang akhirnya memusuhi Islam kerana dianggap menyukarkan…banyak yang tak boleh dari boleh…inilah cabaran manusia akhir zaman…semoga iman kita terpelihara

    Reply
  7. blogger lelaki says

    13 November 2013 at 00:06

    Islam itu indah..jika mereka yg benar2 mencari kebenaran..hati mereka bersih mereka akan nampak cahaya disebalik Islam

    Reply
  8. waiman takwa says

    13 November 2013 at 09:16

    Telah terbukti Islam adalah agama syumul dan boleh diikuti oleh semua orang, semua masa..

    Reply
  9. TehR says

    14 November 2013 at 00:14

    mudah juga ujud negara islam
    hanya dengan akap2 je dah dapat jadi sebuah negara islam

    Reply
    • Amar says

      14 November 2013 at 13:06

      Kan… Komen saudara ini ibarat satu anak panah tajam yang dilepaskan dengan cukup laju. Biar ia mengena tepat, menusuk dan membenam ke sasaran. Moga-moga zombi yang kena itu mati serta-merta.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in