Semua orang mengharapkan kebahagiaan. Perkahwinan yang di bina diharap akan berkekalan hinggalah ke hujung usia. Mampukah kita mengekalkan kebahagiaan itu?
Dengan banyaknya kes-kes penceraian sekarang ni, dapat dilihat semakin parah institusi kekeluargaan. Antara punca penceraian ialah masalah keewangan. Semasa majlis perkahwinan, nak buat grand mengalahkan anak raja. Bila masuk tahun kedua mulalah buat hal. Mintak dijauhkan.
Aku tersentuh melihat pasangan warga tua ni. Berjalan berpimpin tangan nak ke pasar Sabtu di Setiawangsa. Kebetulan aku lalu kat situ. Minta maaf tok nek, saya ambik gambar tanpa kebenaran. Heheh. Mampukah kita semesra mereka bila dah lanjut usia?
Melihatkan pasangan semesra itu aku jadi cemburu. Terdetik juga di hati, pemandangan seperti ini malah lagi romantik (baca menyampah) hanya dilakukan oleh remaja-ramaja bercinta. Bila dah berkahwin setahun dua, mulalah aksi sebegitu dilupakan.
Melalui pembacaan aku dapat simpulkan beberapa tips dan petua untuk mengelakkan penceraian. Kalau tak sesuai untuk semua, untuk sebahagian kecil pun takpe la kan? Ini juga untuk peringatan sendiri.
Komunikasi Dua Hala.
Dalam sebarang hal rumahtangga, berkomunikasi dua hala itu adalah kuncinya. Jangan ada satu pihak sahaja yang memberi arahan, umpama tuan dan hamba. Sebarang permasalahan tak kesahla masalah seks, dapur, anak dan jiran mesti diselesaikan secara baik. Tak perlu jaja kat facebook. Jumpa dengan pasangan dan bincang sehabis baik.
Terimalah Pasangan Seadanya.
Masa bercinta, kentut pun bau wangi. Si dia tersepak batu, batu tu dihumban ke laut. Macam pasangan tu tiada kekurangan langsung la. Walaupun dia tahu, aweknya tak mandi dua hari, masih mampu tersenyum girang bila jumpa. Berbeza dengan semasa alam perkahwinan. Perkara itu berlaku sebaliknya. Kenapa kita tidak boleh terima dia seadanya? Untuk mengekalkan rumahtangga bahagia, sifat ini perlu ada. Percayalah!
Jangan Curang.
Zaman sekarang banyak kes yang aku dengar mengenai kecurangan. Tak kira suami atau isteri, ada je kesnya. Curang ni satu benda yang semakin menjadi-jadi pulak. Nak kata tak puas sek, anak dah berderet. Perempuan pulak, nak kata suami tak beri kasih sayang, tiap-tiap hari peluk cium. Tapi masing-masing berani pulak makan luar. Jangan bang, jangan kak. Berdosa tu.
Sentiasa Mesra.
Buangkan persepsi, romantik cuma di alam percintaan je. Teruskan kemesraan walaupun sudah 34 tahun kahwin. Buatlah seperti hari-hari waktu bercinta, dan setiap malam adalah malam pertama.
Doa dan Tawakkal Kepada Allah.
Ini adalah sesuatu yang tak boleh dilupakan. Segala apa yang berlaku ditentukan olehNya. Oleh itu kita kena mintak bahagia la. Jangan sombong dengan Allah. Mintalah perkahwinan kita dijaga dan dirahmati sehingga ke mati.
So, mampukah kita menjadi pasangan bahagia sehingga ke hujung usia? Tepuk kepala, tanya akal. Tepuk dada, tanya selera. Tepuk amai-amai..
shraqs says
Bab komunikasi & terima pasangan tu yang paling penting. Komunikasi yang baik & berkongsi semua perkara boleh mengeratkan hubungan suami isteri. Nasihat aku pada kaum sejenis (laki), banyakkan bersabar & mengalah dengan pasangan anda.
PS: Insyaallah aku akan cuba ikut apa yg pakcik 2 org kat atas tu buat… skrg pun masih amalkan (dah lebih 2 tahun kahwin)..
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan moga sampai ke syurga.
titan says
selalunya kalau cerai masa tua ni..kes tak percaya atau curang. biasanya macam tu la..
Cikgu Hairul says
Takkanlah dah berpuluh tahun kawin masih tak percaya. curang tu yang sebenar sebab.
anif says
Komunikasi memang penting..dalam perhubungan terutamanya dalam perkahwinan. Apa pun masalahnya cuba selesaikan segera dengan penuh berhemah.
Menetapkan matlamat bersama pasangan perlu dilakukan agar pasangan tahu hala tuju yang mereka inginkan..dan megelakkan konflik dimasa hadapan.
Cikgu Hairul says
Masalahnya malu atau ego menebal dalam diri. Lebih selesa curang dengan pasangan dan memilih untuk konflik.
ohcikgu says
semoga aku bila dah kahwin nanti, tetap kekal bahagia..
Cikgu Hairul says
insyallah..
suri says
yey! bila guru mau kwin skg dh msok 2012 ar heee
suri says
mana tak elok baik di baiki..mana ok di kekalkan..pandai amik hati masig..klu gaduh pentingkan diri sndri payag gak nak berdamai blik tuh heee
hatiputera says
harap-harap saya tua nanti boleh jadi macam orang tua kat gambar tu,,,mudah-mudahan
Cikgu Hairul says
Insyallah
Achik Ezz says
Bukan sekadar menulis je ye cikguhairul..kene praktik juga..sweet pasangan tu.xkesahla walaupon alasannya cume bantu papah isteri jalan sbb isteri dah jalan mcm ibu ketam…Yg penting ada gak keprihatinan si suami…(^_^)
Cikgu Hairul says
Berusaha menjadi perihatin.
iAwani says
.. di dunia sebenar, saya bekerja di tempat penyelesai masalah rumah tangga. Tidak ada serasi dan rumah tangga tidak ada roh agama, itulah punca kebanyakan perceraian.