Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Bahasa Melayu Dah Jadi No 2

Bahasa Melayu Dah Jadi No 2

22 May 2011 by Cikgu Hairul

Bahasa Melayu Dah Jadi No 2, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.

Iklan boleh meningkatkan jualan. Sekarang ianya tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Orang belumba-lumba nak pasang iklan. Kalau boleh sampai atas jalan pun nak diletakkan iklan.

Tapi malang sungguh sebab Bahasa Melayu semakin terpinggir. Bahasa kebangsaan tu dah jadi bahasa no 2 kat papan iklan. Tulisan yang besar-besar tu bahasa penjajah.

Rasa macam duduk kat US pun ada. Banyak papan iklan dalam bahasa penjajah tu. Kalau penguatkuasa tak melakukan sesuatu, satu hari nanti semua iklan akan ditulis dalam bahasa penjajah.

Rasanya Undang-undang setiap PBT dah ada. Jelas mengatakan semua papan iklan mesti dalam Bahasa Melayu. Jika ada keperluan meletakkan bahasa asing mestilah letakkan bahasa asing tu lebih kecil 50% dari Bahasa Melayu. Bahasa asing tu pulak mestilah kurang cerah dari warna tulisan Bahasa Melayu.

Apa yang kita nampak sekarang ni adalah sebaliknya. Lagi kecewa bila guna bahasa penjajah 100%. Terus buang Bahasa Melayu. Banyak iklan yang tulisan Bahasa Melayu lebih kecik dari tulisan penjajah. Pendek kata pengiklan dah melampau. Sanggup memijak bahasa kebangsaan dengan tapak kasutnya yang baru lepas pijak taik anjing.

Marilah kita sama-sama melaporkan papan iklan yang tak ikut peraturan. Laporkan pada PBT di tempat masing-masing. Semoga kita dapat memartabatkan Bahasa Melayu di Bumi Melayu ini.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. bunga says

    22 May 2011 at 04:20

    betul3… berbanggalah kita dengan bahasa kita..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 May 2011 at 07:04

      Bahasa jiwa bangsa.

      Reply
  2. Ayabizz says

    22 May 2011 at 18:47

    Setuju.. Cuba tengok Jepun..Orang luar yang kena belajar bahasa diorang kalo ke negara diorang..

    Reply
  3. yusri says

    24 May 2011 at 13:51

    bukan setakat tu je, nama kawasan perumahan di bandar besar pun ada yang bercampur aduk antara bahasa melayu dengan inggeris..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 May 2011 at 09:06

      Inilah dia kesan sistem pendidikan yang pincang.

      Reply
  4. Irwan says

    18 March 2012 at 20:36

    Kaum melayu tak maju sebab bahasa melayu tak diperjuangkan oleh pemimpin kita. Ya, mereka berjuang, tapi tak bersungguh2. Saya bekerja di KLCC dan mendapati bahasa melayu seperti bahasa yang tak standard langsung, dan saya rasa mungkin disebabkan oleh bekas pemimpin utama negara yang mahu kita belajar bahasa inggeris dan menukar pengajian dalam bahasa inggeris, dan akibat terlalu menekankan dalam pemikiran rakyat, kita harus belajar lebih bahasa untuk maju, akibatnya bahasa melayu jugak tak diperjuangkan. Mesyuarat antara orang melayu pun dalam bahasa inggeris. Nk perjuangkan bahasa melayu apa, semua takde sifat patriotik. Budak2 muda skrg lebih pandai tulis surat dalam bahasa inggeris daripada bahasa melayu. Memalukan bangsa

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 March 2012 at 01:11

      Lama-lama bahasa melayu akan melayu dan terus layu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in