Penyakit paling ditakuti abad ini ialah penyakit tiga serangkai. Darah tinggi, diabetes dan sakit jantung. Semua penyakit tu datang dari Allah asbab cara hidup kita. Seringkali di usia muda, kita tidak terlalu mengambil berat tentang kesihatan. Bila umur mencecah 30-an pelbagai penyakit mula menjenguk.
Saya bukan nak jual insurans. Ayat mukadimah macam orang nak jual insurans je kan.. hehehe. Dah banyak kali terdengar ceramah percuma dari ejen insurans guna ayat macam tu. Tapi jangan risau. Saya tak jual insurans, cuma nak cerita apa yang salah seorang ahli keluarga saya alami.
Hujung minggu lepas saya melawat pak sedara yang dikatakan sakit. Memang sebelum ni dia dah berulang alik masuk hospital akibat kencing manis dan darah tinggi. Nasib baik sakit jantung tak ada. Jadi khabar berita sedih dan lain macam sakitnya kali ni membuatkan kami sekeluarga datang ziarah.
Keadaannya sangat menyedihkan kami. Seluruh badannya bengkak. Bila bercakap sepatah dua, mula tercungap-cungap kepenatan. Mengikut ceritanya dia jadi macam tu sebab kedua-dua ginjalnya telah rosak dan tidak dapat mencuci darah. Badannya yang bengkak adalah akibat dari bahan yang dimakan tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Manakala bila cakap cepat penat tu sebabnya dia betul-betul mengawal pemakanan sehingga tidak mengambil sedikit pun nasi dan manisan. Takut diabetisnya menyerang katanya. Akibatnya badannya tak ada tenaga.
Paling menyedihkan, dia juga hilang kenikmatan tidur. Baring pun tak boleh, menyandar pun tak selesa. Senang cerita duduk, baring dan berdiri akan mengakibatkan dia penat. Kadang-kadang tu pengsan tiba-tiba. Apa pun tak boleh.
Setelah dia cerita satu persatu, penyakit ini bermula lama dulu dah. Diabetis dan darah tingginya dikesan seawal umur 40-an. Sejak itu, ubat yang doktor bekalkan diambil secara tetap tanpa gagal. Bila masuk usia pencen, ginjal mula mengalami kerosakkan teruk. Saluran kencing juga tersumbat. Kebergantungan kepada ubat kencing manis dan darah tinggi memberi kesan besar dalam kehidupannya.
Sekarang, dia hanya menunggu pembedahan untuk pemasangan alat yang membolehkan dia mencuci darahnya setiap minggu. Walau bagaimanapun, hospital kerajaan memerlukan masa yang lama untuk menunggu. Sedangkan darah dalam badannya perlu dicuci untuk mengelakkan bengkak badannya menjadi semakin parah. Hospital swasta juga tidak berani menjalankan pembedahan berisiko tersebut. Kami dalam kebuntuan….
Insaf.
Sebagai anak sedara, tiada daya usaha yang mampu saya lakukan kecuali berdoa semoga pakcik selamat dan dikurniakan ketabahan. Di samping itu perkara ini perlu dijadikan pengajaran supaya menjaga kesihatan sebaik-baiknya agar tragedi seperti ini tidak menimpa kita satu hari nanti.
Mungkin anda ada cerita di sebalik penggunaan ubat diabetis dan darah tinggi yang boleh dikongsikan bersama. Saya bukanlah pakar dalam membuat analisa penggunaan sesuatu ubat-ubatan. Tetapi berdasarkan kepada pemerhatian dua-tiga orang yang pernah saya dengar ceritanya, itulah yang diperkatakan.
Perhatian kepada penghidap diabetes
Untuk nasihat yang lebih profesional berdasarkan ilmu, jumpalah doktor pakar. Saya cuma kongsikan akibat penggunaan ubat diabetis dan darah tinggi berdasarkan pengalaman orang-orang terdekat dengan saya. Bukan kongsi berdasarkan kepada ilmu perubatan.
Manan Qayyim says
dokter pakar pun kadang2 menyembunyikan ape mereka tahu… tentang bahaya ubat tersebut…
Sepanjang pengalaman aku juga. kali pertama dokter pakar yg sgt bagus. terangkan kesan ambil ubat saraf (mungkin berbeza sikit, tapi tetap ada kesan sampingan)
Jumpe dokter pakal lain. Bermacam ubat suruh dicuba. Tapi aku masih berpegang pada nasihat dokter pertama tadi.
Cikgu Hairul says
Berkatalah walau ia pahit. Bukan susah pun kan.. Sekurang-kurangnya pesakit ada pilihan samada nak teruskan ambik ubat tu atau berhenti.
taufik says
ini memang betul. aku penah tengok video TED kat youtube. ada sorang tu dia present the real KILLER of human being.
sebenarnya banyak research paper tentang side efek ubat. tapi hanya sekitar 10% yang dipublishkan oleh jurnal perubatan.
sebabnya bila findings research tu membawa kepada negative results. maksudnya ubat/bahan kandungan mempunya side efek yang bahaya.
cuma sebahagian positive result sahaja yang dipublishkan. inilah dia kerja kapitalis dunia. nak kaut untung berlipat kali ganda
Cikgu Hairul says
Jadi kita kena hati-hati ambik ubat. Sepatutnya ubat memberi kesan baik bukannya buruk. Kalau kesan buruk yang kita dapat maknanya racunlah yang kita ambik.
Haya says
Assalamualaikum cikgu hairul…
Saya haya, inshaAllah kami ada solusi bukan ubat t utk mengatasi masalah penyakit 3 serangkai selain penyakit kronik lain.
Rasanya sedap, tiada kesan sampingan dan kesan boleh dilihat seawal kurang 1 mimggu pengambilan..
Eskayvie ni formulasi Dr Syid Aiyob seorang doktor yg berpengalaman lebih 20tahun dlm bidang perubatan..
Nak saya bantu?
Cikgu hairul boleh tinggalkan notel@whatsaap haya
0169436769 @0177662028
Terima kasih
Haya says
Assalamualaikum puan..
Bila sakit memang perlu ubat tapi jkalau terlalu lama makan ubat selai tkut kesan sampingannya kemudian hari, kt pon jemu kan?
Haya merupakan salah seorang konsultan Eskayvie, yg diasaskn Dr Syid Aiyob..
Kami ada solusi utk masalah penyakit 3 serangkai selain untuk penyakit kronik lain juga..
Alhamdulillah beribu ribu yg semakin pulij dan tahap kesihatan mereka srmakin pulih oas consume produk kami..
Yg penting berkualiti, tiada kesan sampingan sedap dan harga jauh lebih murah vs produk import yg sama kualiti..
Jika berminat ble whatsapl@call haya
0169436769 @0177662028
Terima kasih
wandisini says
makan ubat apa pun memang ada kesannya. terlebih makan panadol atau ubat batuk pun akan memberikan kesan.
yang penting, masa muda ni, kita kena ingat-ingat sebelum terkena. makan banyak boleh, tapi seimbangkan dengan cara kerja kita
kalau kerja duduk depan komputer dari pagi sampai petang, tapi sarapan pagi bantai nasi lemak, mana lah lemak-lemak tu tak menjadi tepu.
Cikgu Hairul says
Kalau boleh elak ambil ubat tu elakkanlah.
Puan Bardboo says
saya dulu ambil kos farmasi..memang setiap ubat yang kita ambil, ada kesan buruknya (side effects)..bila dah belajar banyak2 pasal ubat, terus rasa takut nak makan ubat..even panadol pun saya akan cuba elak untuk makan..
apa yang penting buat kita yang masih muda ni, jagalah kesihatan elok2…mencegah lebih baik dari merawat…
Cikgu Hairul says
Panadol pun satu hal juga. Kadang-kadang kita tak pernah ambik tau pun kesan jangkamasa panjang setiap ubat yg kita ambil tu. bila dah kena barulah nak tersedar.
Hairunissa says
Yup..sy dh mmg x amek panadol lg sejak tahu kesannya..Tp sy dh jumpe alternatif lain kpd panadol mmg semulajadi tnpa sbrg bhn sintetik n unsur dadah..
Jom intai k blog sy
http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/01/say-no-to-panadol.html?m=1
donnyien says
terima kasih kerana memberikan kesedaran kepada saya. baru tadi makan tak ingat dunia ๐
Cikgu Hairul says
Donny, dah makan tak ingat dunia kena seimbangkan dengan senaman.
Juan says
risau pula bila baca kisah ini
Cikgu Hairul says
Kena beringat sebelum terkena kat kita bro.
akubiomed says
Kencing manis boleh menyebabkan masalah lain. Kalau hendak disenaraikan tidak sanggup dibaca. Apa pun kawal pengambilan gula dan garam didalam kehidupan seharian.
Cikgu Hairul says
Dah jadi.. Sekarang ikhtiar bagi elok sikit. Bila dikawal sangat gula tu tak elok juga. Tak ada tenaga dan mudah pengsan.
tehr says
moga2 pak sedara cikgu segera sihat
aku pernah juga ambil tugas hantar mak mertua cuci darah kat hospital bila bercuti
memang setiap minggu mesti buat
Cikgu Hairul says
Cikgu, kalau tak cuci darah tu dlm masa yg lama ada kesan yang teruk tak?
Ibu Mifzal Arsyad says
betul tu..ambil ubat secara berterusan w/pun atas nasihat doktor sbnrnya mmg tak elok utk kesihatan. ubat tu kan bahan kimia. bila dah sakit, makn ubat pun bukan utk mencegah…sekadar merawat..
Hairunissa says
Nak tau cara mencegahnya?
Jom singgah blog sy..Berunsurkn bhn semulajadi n selamat tanpa kesan sampingan..
Achik Ezz says
Hehehe…saya suka entry ni.
Sebab tu saya tak suka makan ubat. Sebab ada kesan sampingan yg negatif.
Dah la tak sedap,besar plak tu…
Saya pernah dengar orang bgtau, Panadol pun tak elok ambil selalu sebab akan menyebabkan mendakan pada salur usus.
titan says
jadi..banyak-banyaklah bersenam yekk..
auc dot com says
huh ni bukan ubat namanya, racun dah ni ๐
Naziman says
Kena banyak2 bersenam ni. Lebih baik mencegah dari mengubati. Sebenarnya nak kata ubat, memang ada side efek tersendiri. Ubat belum tentu boleh menyembuhkan, ubat cuma boleh melegakan.
Hairunissa says
Ye..betul.ubat belom tentu mnyembuhkn..jom cegah dr skang..jemput singgah k blog sy..just sharing..
http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/11/cara-mengatasi-masalah-darah-tinggi.html?m=1
Jubah Dress says
Dah 2 hari saya cari maklumat tentang nie… nasib baik jumpa blog awak…
thanks.. info nie banyak bantu saya.
Dr Jayamohan MD(Medicina Alternativa) says
Memang ubat Allopati yang dibekalkan di hospital menjadi punca kerosakan buah pinggang(ginjal)
Jika orang tidak makan ubat hospital untuk penyakit kronik, dia akan lebih selamat dan sihat.
Hanya pentingkan tidur selesa, selera makan, pembuangan najis sempurna (jangan biarkan sembelit berlaku) semuanya akan selamat sampai tua.
Symptom lebih selamat kalau dirawat dengan kaedah Akupunktur dan Homeopati
Beauty fatimah says
Perkongsian yg sgt menarik. Saya suka baca entry admin. Hakikatnya, ubat memang bahaya pun. Sbb tu sy ada baca dlm buku “Supplement your prescription”, ada share, seorg pesakit teruk ambil vitamin utk nutrisi sebagai ganti ubat yg dia ambil. Alhamdulillah pesakit tu bertambah sihat, berbanding semasa ambil ubat.
Jom lah blogwalking ke blog saya juga.. ๐ http://www.beautyfatimah.net
KHAIRUL AMRAN says
Cuma orang yang nak ambik tahu je akan baca buku2 macam tu. Ramai diantara kita malas nak baca. Main ikut je apa yang doktor cakap. Akhirnya sendiri juga yang sakit.
Hairunissa says
Terima kasih atas infonya. Jom singgah ke blog saya utk merawat darah tinggi secara semulajadi tanpa kesan sampingan..hanya perkongsian..
http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/11/cara-mengatasi-masalah-darah-tinggi.html
Nissa
0193584312
Sal says
Memang saya tak makan ubat hospital. Alhmdulillah sihat jarang sakit. Baca buku Rasulullah is my DOCTOR tulisan Jerry D.Gary…sangat membantu..
azham ali says
Terima kasih tuan atas info ni..memang berguna
ahmad azham says
wahh memang bagus la tips ni..