1. Setelah meneliti pelbagai hujah “pakar” ekonomi malaysia. Dengan berfikiran terbuka dan rasionalnya aku terima uturn BNM dengan seikhlas hati.
2. Tiada kesalahan pada pihak kerajaan, tiada kesilapan pada pihak bank.
3. Kita yang banyak silap sebab buat pinjaman dengan bank. Semua orang atas muka bumi ini tahu sifat bank macam mana. Dia bukan badan kebajikan.
4. Daripada kena bayar full setiap bulan tanpa pengecualian, adalah lebih baik sikit cuma bayar interest dan penangguhan bayaran installment selama 6 bulan.
5. Lebihan duit walaupun tak banyak, boleh dijadikan sedikit dana kecemasan untuk meneruskan hidup untuk orang macam aku. Orang yang banyak duit dan pada dasarnya mereka tak perlukan Monotorium ni pun ambik peluang ini.
6. Banyakkan membaca dan rajin buat kira-kira. Compare maklumat dan idea dari orang yang lebih faham ekonomi. Cuba impliment mengikut kesesuaian kita sendiri.
7. Amalkan penjimatan bukan joli sakan. Sekecik-kecik benda pun kena jimat. Telefon, internet, hiburan dan makanan, wajib diambil perhatian.
8. Aku tak mampu nak bantu kalian untuk meneruskan kehidupan. Cuma untuk advise sedikit berkenaan telefon dan internet, insyallah aku boleh bagi pandangan.
9. Selamat bekerja dan selamat menikmati Jumaat ke 6 tanpa solat berjemaah di Masjid. #rinduberjemaah.
Leave a Reply