Assalamualaikum. Saya cuba sampaikan apa yang saya dapat dalam tazkirah mingguan pagi tadi. Ringkas tajuknya tapi panjang huraiannya. Antara intipati yang dapat saya kongsikan ialah tajuk menghulur bantuan.
Dari Salim r.a. dari bapaknya katanya Rasulullah saw. bersabda: “Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya (teraniaya). Siapa yang membantu (mencukupkan) keperluan saudaranya maka Allah Taala membantunya pula (mencukupkan) keperluannya. Siapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim. maka Allah Taala melapangkan pula kesulitannya kelak di hari kiamat. Dan siapa yang menutup kesalahan(rahsia.) orang muslim, maka Allah menutupi pula kesalahannya kelak di hari kiamat.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2210.
Hadis tersebut jelas dan terang. Kalau tanpa menghadiri kelas pun dengan membacanya kita mampu untuk memahaminya.
Kita orang Islam semuanya bersaudara. Ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa. Ia juga umpama sebatang tubuh badan. Sebatang gigi yang sakit, habis seluruh anggota berdenyut.
Realitinya tidak begitu. Pernahkah kita bertanyakan jiran kita samada dah makan atau belum? Adakah kita pernah kita bertanya saudara mara kita samada ada tak wang belanja membelikan makan dan pakai anak-anaknya? Kalau belum kita lakukan, apa kata kita mulakan hari ini.
Besar ganjaran yang Allah berikan kepada orang yang suka membantu. Walaupun tidak di dunia, di akhirat kelak pasti Allah akan melapangkan urusan kita. Bayangkan masa di Padang Mahsyar nanti. Suasana yang kecoh dan bercelaru tanpa ada sesiapa yang mampu membantu. Tiba-tiba Allah memudahkan kita asbab bantuan kita di dunia ini. Nikmat itulah yang lebih bermakna bagi kita.
Diakhir hadis, Nabi menyebut orang yang menutup aib saudaranya, Allah akan menutup aib kita di akhirat kelak. Rasa-rasanya sangat banyak aib kita yang kita tak nak orang tahu. Macamtu la juga dengan orang lain.
Allah dah janjikan menutub aib kita selagimana kita menutup aib saudara kita. Mutaakhir ini, ramai sudah lupa dengan ajaran sebenar Islam. Masing-masing mahu menjatuhkan orang lain dengan berlumba-lumba menonjolkan aib saudaranya. Apa yang mereka dapat? Cumalah kehinaan di dunia dan akhirat.
Lihat sahaja sekeliling kita. Sahabat-sahabat kita yang naik pangkat, dapat nikmat, dapat apa yang mereka citakan, mesti ada yang cuba memperlekeh. Lepas tu mulalah menceritakan keburukannya dulu. Tiada cara lain bersama-sama dengan dia mengecapi kejayaan melainkan mahu kejayaan itu ditarik balik. Sifat apakah itu?
Ingatlah kita semua bersaudara. Jangan ada benci antara kita. Kalau menegur kesilapan orang, tegurlah dengan berhikmah. Kadang-kadang kita memang benci sangat dengan perangai dia, tapi tegurlah secara bijaksana. Jangan mengaibkan dia dikhalayak ramai. Insyallah Allah akan memberi ganjaran yang besar buat kita semua.
Sebenarnya entri ini untuk peringatan kepada saya. Kalau tidak ditulis dan dipanjang-panjangkan mungkin ia akan lupa. Sekurang-kurangnya dapat dikongsikan dan dimanafaatkan kepada semua.
Jika ada kesilapan dalam penulisan saya, saya mohon maaf dan mohon diperbetulkan. Semua yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari sifat saya sebagai manusia makhluk ciptaan Allah.
Leeza Dayasari says
cikgu, skrg ni berbeza berbanding dulu. ramai yg sibuk dgn kerja dan adakala jiran dh berpindah pun tidak kita tahu….
Cikgu Hairul says
yang lagi teruk, rumah jiran depan pintu kena pecah pun buat selamba je. sedar2 bila polis datang ramai2.. baru nak ambik tau.
Jebeng Otai™ says
setuju tu..nk tegur kene dengan berhemah dan timbang rasa yang tinggi..jgnlah sehingga menyakitkan hatinya..ibarat menarik rambut didalam tepung..
Cikgu Hairul says
Bagus perumpamaan tu. Senang nak cakap, susah nak buat.
mak lagenda says
Susah jugak nak mencari kwn2 yg menegur utk kebaikan nih..ada masanya,yg menegur plak dibuat macam musuh..
tehr says
kalau silap cara menegur
boleh bengkak dahi gak tu
rahman says
boleh berbuat baik dengan jiran tetapi kena ada batasannya, kalau baik sangat nanti takut terjadi salah faham.. bahaya juga
Cikgu Hairul says
Ada pulak pesen macam ni? hehee