Semua Benda Nak Dijadikan Subjek kat sekolah. Terbaru pendidikan sek dahpun diluluskan untuk dijadikan matapelajaran. Dalam cadangan pulak adalah matapelajaran perlembagaan Malaysia. Cadangan yang dulu-dulu keselamatan jalan raya. Naik pening cikgu nak ajar. Bukannya cikgu tak boleh ajar, tapi bila nak diajar semua subjek tu? Kalau sampai semua perkara nak dijadikan subjek cukupkah masa nak mengajar? Penghabisnya mulalah disumbat semua subjek tu dalam jadual yanng dah sememangnya padat. Kesian kat murid-murid sekarang… semua nak kena diajar dalam kelas. Sikit pun mereka tak gunakan pengalaman sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran sendiri.
Paling malang bila ada subjek yang terpaksa dikorbankan. Mangsanya subjek yang dianggap tak penting la. Subjek agama, Kemahiran Hidup, PJ dan beberapa subjek yang memang dianggap tak penting. Padahalnya semua entiti baru yang dicadangkan oleh menteri-menteri tu boleh je dimasukkan dalam subjek berkaitan. Tapi semua malas nak fikir. Fikirkanlah satu penyelesaian yang betul-betul diterima akal. Jangan cuma nak mengaut keuntungan je. Boleh masyuk dengan pencentakan buku teks kalau subjek yang dicadangkan berjaya diajarkan di sekolah.
Mungkin satu hari nanti murid dah tak nak masuk kelas. Tensen dengan matapelajaran yang ntah apa-apa.
Leave a Reply