Ramai yang bertanya macam mana nak buat blog. Blog boleh dibuat samada melalui perkhidmatan berbayar mahupun yang percuma. Ramai pengguna di luar sana menggunakan medium percuma seperti blogger dan wordpress.
Kelebihan blog percuma ni ialah ianya tak perlu bayar. Anda cuma mendaftar akaun dan mulalah berblogging. Pengurusannya juga mudah. Kalau nak dibandingkan dengan blog berbayar, blog percuma memang senang nak seting.
Kelemahan blog percuma pula adalah ianya mengandungi iklan-iklan yang menyemakkan mata. Ada juga blog percuma yang menghadkan ruang dan ada perkara yang dibolehkan dan tidak dibolehkan. Kebebasan untuk kita menyusunatur blog juga amat terhad.
Antara kelemahannya lagi ialah domain yang agak panjang dan menggunakan subdomain penyedia blog. Ini menampakkan ketidakupayaan seseorang mempunyai domain dan hosting percuma. Kalau ianya sebuah syarikat atau anda menjalankan aktiviti penjualan barang, kredebiliti anda juga tercabar.
Macam mana pulak dengan blog berbayar. Berbayar yang dimaksudkan adalah domain dan hostingnya. Domain adalah alamat laman web yang menjadi identiti kita. Manakala hosting pulak adalah tempat kita menyimpan semua maklumat blog kita.
Kelebihan blog berbayar adalah ianya boleh diuruskan mengikut citarasa sendiri. Ikut suka la apa kita nak buat. Kita punya kebebasan dalam berblogging.
Walaupun blog berbayar ini mempunyai kelebihan tersendiri tetapi saya masih memilih menggunakan blog yang percuma tapi mampu menyaingi blog yang berbayar. Saya ada menyediakan sebuah buku panduan untuk mendapatkan domain dan hosting percuma.
[alert]Maaf ebook ini tidak lagi diedarkan[/alert]
Leave a Reply