Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Belajar Cuma Satu Proses Mematangkan Fikiran

Belajar Cuma Satu Proses Mematangkan Fikiran

12 May 2014 by admin

Walaupun masih ramai terperangkap dengan perangkap akademik, namun ramai juga yang dah sedar dengan perangkap yang dipasang. Mereka ini punya semangat luar biasa. Kalau buat sesuatu kerja, mesti mahukan yang terbaik.

Mereka tak ada pun ijazah bergulung-gulung, tapi ilmu kerjanya mengalahkan seorang yang ada ijazah dalam bidang yang diceburi. Golongan macam ni tak la terlalu ramai. Kalau dikira satu dunia ni, boleh dikira dengan jari. Di Malaysia juga ada, tetapi mereka tak ramai. Boleh la dikatakan orang sebegini mempunya keupayaan luar biasa yang telah dianugerahkan oleh Penciptanya.

Yang peliknya, ada manusia yang menjadikan mereka sebagai idola.

bill-gatesMenjadikan orang berjaya sebagai idola tidak salah. Tetapi menuruti langkah mereka yang tidak belajar secara formal itu salah. Malahan ada yang memberi alasan tak belajar dengan berkata, Bill Gates tak habis belajar Universiti pun kaya raya. Mana nak sama orang yang semulajadi hebat dengan kita yang biasa-biasa dan perasan hebat. Ingat dengan tak datang sekolah, tak pergi belajar kita boleh hebat macam mereka. Kebarangkalian untuk jadi hebat macam mereka tu sikit sangat.

Belajar cuma satu proses mematangkan fikiran. Tetapi terpulanglah kepada kita semua, kalau merasakan fikiran kita boleh matang tanpa melalui proses pembelajaran formal maka tak payahla berhabis duit berpuluh ribu untuk belajar. Apalah sangat ilmu yang cikgu-cikgu sampaikan ni berbanding dengan ilmu yang direct Allah kurniakan kepada kita. Jadi, pilihan sentiasa ada dan terbuka luas untuk kita.

Sebenarnya ada beza orang yang berjaya selepas belajar di universiti dengan mereka yang berjaya tanpa melalui proses pembelajaran. Dari segi cara berfikir, cara bekerja, cara bercakap dan cara bersosial juga berbeza. Perbezaan ini sangat jelas dan mampu dilihat oleh orang biasa. Sekali lagi, pilihan ditangan kita. Ada akal guna.

Satu je pasanan saya. Nak berjaya banyak jalannya. Samada pergi sekolah, masuk universiti atau cuma duduk rumah mengadap facebook tiap-tiap hari peluang untuk berjaya masih ada. Kuncinya hanyalah belajar. Belajar secara formal mahal. Belajar sendiri lebih murah. Malas, duduk merempat.. Rajin belum tentu ada rumah.

Okeh.. selamat menyambung pelajaran buat adik-adik yang baru dapat keputusan kemasukkan ke universiti. Belajar rajin-rajin supaya jadi insan berguna. Sebelum tu, jenguk-jenguk juga entry saya persediaan sebelum masuk  universiti sebagai persediaan.

Wassallam..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. zik says

    12 May 2014 at 12:32

    tak berjaya dalam akademik… tapi dunia perniagaan memang hebat sangat… sekarang nie masih belajar macam mana orang cina uruskan dia punya business.. tapi memang banyak juga dia pusing2 ..tipu

    Reply
  2. Denaihati says

    12 May 2014 at 12:35

    Jadi alasan untuk tak nak belajar itu boleh jadi masalah besar…

    Reply
  3. Dja@Sishaza says

    12 May 2014 at 13:12

    Susah jika ada mentaliti begitu ….itu sebabnya mengapa kita boleh lihat betapa ramai yang berjaya dalam kehidupan tapi tidak tahu memanfaatkan kelebihan itu untuk kebaikan diri dan orang lain

    Reply
  4. Muhammad Hizwan says

    12 May 2014 at 14:24

    Bagi aku, study penting sbb nak bina reputasi manakala experience pula sebagai bukti reputasi.

    Reply
  5. Hero Borneo says

    12 May 2014 at 14:55

    sebab terkuat orang nak belajar ialah dapatkan ilmu..memang betul kata tuan admin! belajar dapat mematangkan pengalaman!

    Reply
  6. Rdz z says

    12 May 2014 at 22:44

    Kita setuju part pemikiran yang berbeza tu..Belajar melalui pengalaman dengan belajar mengikut proses akademik adalah dua perkara yang berbeza..Tapi kedua-duanya boleh diterima. Cuma tak ramai mereka yang tak belajar tinggi tapi berjaya. Mereka-mereka ni selalunya gifted. So belajar is a must…

    Reply
  7. Faizal Fredley says

    13 May 2014 at 02:04

    berjaya tanpa belajar tu anugerah org panggil berjara dgn belajar tu usaha…lagi bernilai….tak ramai yg berjaya tanpa belajar…

    Reply
  8. sabree hussin says

    13 May 2014 at 15:57

    cuma kalau boleh tu, sebelum nak mencontohi tu, ambillah contoh yang betul.

    Part yang tak berapa baik tu, tak perlulah ikut. Lagi-lagi bab tak habis belajar tu

    Reply
  9. amirulfaiz says

    13 May 2014 at 19:17

    Bill Gates berhenti dari Univesiti Harvard, universiti terkemuka dunia, bukan universiti biasa-biasa. Kita nak masuk universiti biasa-biasa pun takat cukup makan jer. 🙂

    Reply
  10. suri says

    14 May 2014 at 10:04

    saya ada ilmu menjahit masih terasa kurangnya. rasa masih banyak ilmu saya tak tahu lagi. itu belajar dan belajarkan.memang untung kalau kita benar-benar mempelajarinya.tak rugi punya.sebab ilmu bukan belajar untuk hari ini dan katam/habis di situ sahaja.

    Reply
  11. Logeswary says

    14 May 2014 at 23:35

    Sesi pembelajaran tidak akan berhenti bila- bila masa. Ia akan mengikut kita sepanjang perjalanan kehidupan.

    Reply
  12. pedagang ilmu says

    14 April 2017 at 16:19

    Kalau dulu, menuntut ilmu sehingga ke negara china…
    Kini, menuntut ilmu sehingga liang lahad pula…
    Ini kerana, terlalu ramai manusia boleh menuntut ilmu yang terdapat di china melalui media massa sahaja tanpa perlu pergi china.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in