Siapa pernah belajar silat? Saya rasa memang ramai orang Melayu yang tahu bersilat dan pandai silat. Pernahkah kita diajar untuk menyerang orang tak tentu pasal? Kalau ada pasal pun, jalan perundingan kan lebih baik. Kalau seorang Guru Silat mengajak anak muridnya berperang menentang penjajahan negara itu tiada pelik bunyinya. Tapi kalau seorang Mahaguru Silat mengajak anak muridnya berperang dengan orang awam yang menuntut haknya ini namanya PENGECUT!.
Cerita ini ibarat segerombolan lembu yang nak makan rumput di sebuah padang ragut. Ada orang tak puas hati dan memaksa lembu-lembu itu makan nasi. Bila lembu-lembu itu mula nak makan maka diamuknya dan dibunuhnya semua lembu-lembu itu. Mereka beranggapan bahawa lembu-lembu itu mengancam keselamatan padang rumput itu. Ada ke patut?
Kalau belajar silat cuma untuk menjadi bongkak, simpan je la ilmu tu bawah tapak kaki. Tak layak pun digunakan. Lagi tak layak untuk diajarkan kepada anak bangsa. Menjahanamkan bangsa dan agama lagi ada.
Bila pertubuhan silat dijadikan alat politik dan penyelamat kedudukan sesorang, sudah tiada makna belajar silat. Kita boleh tengok mana-mana pertubuhan silat yang menjadi alat politik dan menjilat ahli politik dimana tiap-tiap kali ada event mesti ada seorang dua menteri dapat anugerah. Tak pun menteri-menteri tu akan jadi VIP pada majlis tu. Kalau menteri tu salah seorang ahlinya tak apa la juga. Dah la bukan ahli, dapat anugerah mengalahkan guru silat sendiri. Nampak sangat nak menjilat.
Sekarang nampaknya ahli silat melayu dah kurang yang memakai resmi padi. Masing-masing nak pelepas diri. Dah jadi resmi lalang pun ada. Tak kurang yang mengikut resmi sabut. Semua ada kepentingan tersendiri. Penat lelah pengasas ilmu seni beladiri menyusun langkah agar anak muridnya menjadi orang berguna. Bukan sebagai penjilat menteri atau berbangga diri.
Akulah Pendekar Hadhari.. Akulah Sang Perkasa Satu Malaysia.. Kelakar!
Saya ada segenggam. Cuma secekak bukan segantang. Tak perlu pun ditunjuk-tunjuk. Berdoa semoga tidak terserempak dengan musuh. Bukan musuh yang dicari. Bukan musuh sedarah dan seagama yang diperangi. Ilmu ini ibarat seekor semut di atas seketul batu yang hitam diwaktu malam yang gelap gelita.
sayacomel says
penah belajar silat. Untuk pertahanan diri sahaja. Takde niat nak riak-riak pun. Lagipun, ingat senang ke nak belajar silat nih?
Cikgu Hairul says
Bagus tu belajar silat. Jangan gunakan sembarangan sudah. Lebih baik belajar daripada tak tahu langsung..
Amirez says
entahlah..tak dapat nak kata apa lagi dah pasal silat yg dipolitikkan ni.
dulu terniat nak blaja silat tapi tak jumpa tok guru yg sudi ngajar. akhirnya blaja taekwondo, tapi silapnya timbul pula rasa ego. biasalah baru darjah 5, sikap nak menunjuk2 tu sgt tinggi. tapi last2 setakat yellow belt je haha
cikgu hairul says
ok la tu. Sekurang-kurangnya ada ilmu yg boleh diguna masa kecemasan. Bukan untuk memijak bangsa sendiri sudah.
Amar says
Dulu belajar silat sebab nak belajar ilmu terbang. Rupanya guru silat pun takleh terbang gak. Sudahnya berpijak jer lah di bumi ni. Hehehe…
cikgu hairul says
aku dah jumpa guru yang boleh terbang. Tapi dah terbang tak turun-turun la pulak. Siap bukak kerajaan langit plak tu. Melepas nak beguru ngan dia.. Hehehe. Sesat, sesat..
Amar says
Ramai gak guru silat yang boleh terbang selepas beli tiket AirAsia. Hohoho….
titan says
belajar silat. Sampai tamat. Bila jadi jurulatih..memang tak dinafikan, ramai yang masuk silat ni ramai yang riak..baru belajar sikit..semuanya nak test power..
Cikgu Hairul says
Malang sungguh pesilat seperti itu.
Amar says
Ada juga pesilat yang mencuba jurulatih disebabkan jurulatih tu tak dapat jawab soalan-soalan yang diajukan, atau jawapan yang diberikan tidak munasabah.
sabree hussin says
kalau sekarang ni macam tak ada kelapangan nak belajar silat.. sibuk dengan kerja
Cikgu Hairul says
boleh belajar masa hujung minggu je bro. tu pun kalau tak bizi la. tapi kita ni kalau dah bekerja memang susah nak cari masa untuk belajar silat. waktu malam pulak kita dah penat, masa untuk rehat.
tengkorak emas says
tak pernah belajar silat, tapi teringin juga..
asyik belajar skill wwe je hehe
rasanya lebih kagum dgn org yg belajar silat kat sekolah pondok, sebab mereka belajar juga mcm2, jadi imam, buat khutbah, tahlil, korban, urus jenazah, jadi bila belajar silat, memang hanya untuk ilmu
Cikgu Hairul says
Jom belajar kat Sekolah Pondok. Part time pun ada kan sekarang..
Amar says
Buat apa belajar silat… Kurafat semua tu… Ada ilmu hitam… Baik belajar bela diri luar. Tak ada ilmu hitam bukan-bukan tu semua. Cuma perlu pakai baju seluar putih, tundukkan kepala kepada sensei/master walaupun kita tak pernah hormat macam tu kat bapak kita sendiri yang jauh lebih berjasa kat kita. Lagipun bukannya kena sembah tokong, cuma kena tunduk kat gambar orang yang dah mati jer. Tak gitu cikgu?….
mamat2 says
ada satu silat ni cam best jer apa pendapat cikgu? http://harimaubentaragarang.blogspot.com/
Cikgu Hairul says
Saya bukanlah orang yang arif tentang ilmu persilatan silat harimau ni. Tapi melalui web yang mamat bagi, saya berpendapat tak ada salahnya nak belajar. Cuma kena semak dulu dengan pendaftar pertubuhan kenapa ia pernah dibatalkan satu waktu dulu dan apa status pertubuhan itu sekarang. Kalau semua ok belajar je.