Musim Konvokesyen datang lagi. Lepas ni aktiviti menjaja diri bermula. Aktiviti memasarkan diri untuk mencari sekepok duit membayar hutang pinjaman pendidikan. Memandangkan ekonomi yang agak kelam kabut, mungkin ramai juga yang akan mengambil keputusan untuk sambung belajar ke peringkat lagi tinggi.
Opsss!
Nanti dulu. Belajar, belajar dan belajar pun tak guna kalau tak diaplikasikan apa yang kita belajar. Untuk apa kita belajar sampai PhD sekalipun tapi akhirnya mengemis.
Ingat pesanan ini. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Memang menuntut ilmu itu ada keberkatan tersendiri, namun hakikat kehidupan juga kena terima.
Ada baiknya dikembangkan ilmu yang ada dengan explore lebih lagi untuk membolehkan kita menikmati hidup yang lebih sempurna. Contohnya sebagai seorang graduan dalam bidang art and design, habis diploma teruskan kembangkan bakat yang ada.
Ilmu semakin berkembang, kalau kita terus belajar dalam kelas dengan pensyarah yang tidak berkembang, ilmu yang ada adalah ilmu lama. Dengan tidak terikat kepada silibus lama universiti, kita boleh explore lebih lagi. Guna teknologi baru, ilmu baru dan dapatan-dapatan baru. Yang pastinya semua tu kurang diketengahkan dalam silibus di universiti.
Tapi…
Kalau kita bercita-cita menjadi seorang pensyarah, pilihan menyambung pelajaran ke peringkat tinggi adalah yang terbaik. Pastikan ceburkan diri juga dalam industri supaya ilmu yang ada berkembang dan tak ketinggalan zaman. Bakal pelajar nanti takdelah keluar sebagai sampah.
Teringat kata-kata seorang lecturer, perumpamaannya macam ni.
Katalah kita nak pegi Australia. Setelah dikaji, cara nak sampai sana kena naik kapalterbang. Kita pun belajar la bawak kapal terbang. Terfikir pulak kalau kapalterbang rosak nak betulkan sendiri, maka kita pun belajar la betulkan kapalterbang. Dalam dok kalut tu, terfikir pulak nak belajar bawak helikopter, bawak jet dan bawak kapal selam. Sampailah habis hayat, belajar bertujuan untuk pegi Australia tapi tak juga pegi. Kena beli kapalterbang pulak. Kena tunggu duit ada pulak. Akhirnya impian kita tak kesampaian. Kan elok, lepas belajar bawak kapalterbang, terus apply MAS jadi juruterbang untuk kita pergi Australia tempat idaman kita?
Begitulah juga dengan kehidupan kita. Ada ilmu terus aplikasikan. Jangan tunggu lagi. Masa dah suntukJadi, fikirkan dulu niat menyambung belajar. Fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Mungkin pilihan terbaik ialah belajar dan juga bekerja. Ilmu dapat, impliment juga ilmu yang kita ada disamping explore juga ilmu baru.
Faizal Fredley says
suka kata2 lecterer cikgu tuh…saya pom nak apply dulu apa yg saya bljar masa degree inshaAllah bila ada peluang baru sambung master dan phd
KHAIRUL AMRAN says
Alhamdulillah. Tinggi cita2, yg penting kena sabar.
TehR says
belajar sambil bekerja
aku suka idea ni
Mus says
memang ramai yang buat begini.. tapi jangan pula terlebih kerja..
KHAIRUL AMRAN says
Serampang dua mata. Tak ramai yg mampu. Ramai yg kecundang diawal semester.
ringantangan says
Setuju sangat dengan pernyataan tuan. Amalkan apa yang dah dipelajari.
blogger lelaki says
setiap ilmu itu unutk diamalkan..jik ada ilmu tak amal macam pokok yang tak berbuah
KHAIRUL AMRAN says
Rugi je kan habis masa tenaga dan wang ringgit…
Amar says
Kalau dlm bekerja tu kita belajar untuk lebih cekap, peka dan produktif dgn tugasan kita; kemudian sentiasa cari jalan untuk explore benda baru, itupun dah kira bagus. Belajar dari pengalaman.
Jangan pula bekerja sambil sambung belajar yg dek kerana sibuknya nak belajar tu sampai beban kerja di tempat kerja mengalir jatuh atas kepala orang lain.
Pendek kata samada sambung belajar secara formal atau dari pengalaman kerja, mana-mana pun molek asal saja tak menyusahkan orang lain.
Raihanah Ahmad says
takde benda yang mudah untuk berjaya sebenarnya. yang mudah tu biasa yang tipu atau sementara sifatnya.
watiey says
ilmu sampai bila2 pun penting,,
masih lagi nak menuntut ilmu walaupun dah kertu,,,
suka dengan kata-kata lecterer kt atas,,
dalam maksud dia,,,
KHAIRUL AMRAN says
Tak rugi pun belajar sampai kertu.. Yg ruginya kalau dah belajar tapi tak diamalkan.. Lecturerr tu memang hebat. Skrg dah jadi dekan pun.
Ani Haryani says
Betul. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Moh la praktikkan segala ilmu yang ada. Biar di praktikkan dan dikongsikan bersama. Itu lebih bermakna 🙂