“Kenapa cikgu tak pasang bendera?” Sapaan Maisyarah mematikan lamunan aku kat meja yang tengah bersepah macam tong sampah kena selongkar anjing. Gadis genit berkaca mata yang suka ganggu semua orang itu tersengih macam kerang busuk melihat aku terkejut.
“Ish ko ni Mai, takde masa lain ke nak sergah aku. Time-time aku layan feeling ni la ko datang.” Aku cuba menyembunyikan perasaan gugup. Budak Mai ni kalau mengacau dia buat manja, kalau bercakap macam nak cecah pipi dia dengan hidung kita.
Mai mengekek ketawa bila melihat aku pucat lesi macam mayat hidup. Usikkannya kali ini benar-benar buat aku ketakutan. Takut tragedi berulang lagi.
“Pasal bendera pun ko boleh kecoh satu bilik guru. Kalau kau nak pasang bendera sebesar meja atas kepala kau pun, ko pasang la. Aku tak nak pasang bendera kecik atas meja aku ni, aku punya pasal la”. Bebel aku dengan suara mendatar tanpa ada intonasi. Nak kata marah pun tidak, nak kata tak marah pun tidak.
Maisyarah berhenti ketawa. Ditariknya sebuah kerusi kecil dan dia duduk betul-betul sebelah aku. “Cikgu marah ke?” Dia tenung aku macam seekor Garfield kelaparan mengharapkan makanan dari tuannya. Aku dapat rasakan Maisyarah cuba membuat muka secomel yang boleh.
Hatiku tersentuh.
“Ada nampak macam orang marah ke?” aku cuba menyusun kata-kata dan bergerak sedikit ke belakang agar gadis comel depan aku ni tidak terlalu merapatiku sehingga menimbulkan syak wasangka rakan sebilik guru.
“Takde la, tapi cikgu macam takut je cakap dengan saya”. Maisyarah mula bersuara, menyampaikan isi hatinya. Ya aku takut bercakap dengan perempuan sepertimu. Kata-kata yang hanya terdetik di hati. Tak mampu terluah ikut mulut.
Aku tarik nafas dalam-dalam lalu melepaskan perlahan-lahan. Suasana sepi, sunyi. Hanya terdengar putaran kipas laju, selaju degupan jantung aku. Aku tenung mata Maisyarah. Tepat sampai ke dalam jantungnya. Maisyarah tertunduk malu.
“Mai tau tak kenapa saya tak pasang bendera?” Aku cuba meredakan ketegangan antara kami? Kata gantidiri cepat-cepat aku tukar. Wajah Maisyarah nampak excited dengan pertanyaan aku. “Kenapa?” Jawab Maisyarah ringkas.
“Dulu, zaman pemerintahan PM ke 4, ramai orang kibar bendera”. Aku mencari-cari idea, sambil aku melihat-lihat kalau-kalau ada mata yang memerhati. “Sekian lama rakyat Malaysia berbangga dengan benderanya. Time-time nak sambut merdeka macam ni, semua orang sibuk kibar bendera”. Aku menyambung lagi.
“Tetapi setelah zaman itu berkahir, mengibarkan bendera di hari kemerdekaan semacam satu beban buat rakyat. Alasannya PM selepas itu tidak sehebat PM ke 4. Angkara skandal-skandal rasuah dan kezaliman yang dicanang setiap hari, rakyat Malaysia malu nak mengaku sebagai rakyat Malaysia” Maisyarah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mulut terlopong.
“Sapa yang cakap macam tu cikgu?” Sambil mengerutkan dahinya yang licin, Maisyarah seakan anak-anak murid darjah tiga bertanya lagi.
“Ahli politik” Jawabku sambil menghela nafas yang panjang.
“Mai, awak masih baru mengenal dunia. Kalau awak nak tahu, ahli politik yang sering bercakaranlah mengakibatkan kita hilang sifat patriotik. Mungkin ini yang sedang terjadi kepada saya.” Segala yang terpendam dalam hati aku keluarkan.
“Owh maknanya cikgu sudah hilang sifat patriotik kepada Negara?” Aku mengangguk perlahan. “Tak guna kita mengibarkan bendera jika ada yang mengambil kesempatan. Kita bermati-matian cintakan negara, mereka pula bermati-matian mendakwa rakyat cintakan corak pemerintahannya.” Aku menyambung lagi.
“Oklah Mai, kalau awak terasa nak kibarkan bendera, silakan. Saya tetap teguh dengan pendirian saya. Sampai bila, saya pun tak pasti”. Aku puas dapat menyatakan semuanya. Seolah-olah satu beban besar terangkat dari bahu aku. Lega..
Dengan suara perlahan Maisyarah berkata “Sorry Cikgu”, lalu dia bangun perlahan-lahan dan kembali ke tempat duduknya.
Dari celah-celah buku aku melihat dia mengambil bendera kecil atas mejanya dan memasukkan ke dalam almari. Aku menghela nafas yang panjang. Berdosakah aku?
Tiba-tiba kedengaran loceng berdering panjang menandakan waktu sekolah berakhir. Esok cuti sambutan hari kemerdekaan. Adakah aku akan menyambutnya seperti dulu-dulu atau terperap di rumah melayan youtube?
Kicauan dari telefon bimbit jenama Vivo V3 aku menganggu aktiviti mengemas sebelum aku balik. Aku belek, satu mesej dari Maisyarah tiba. Apa lagi yang dia nak? Getus hatiku.
“Cikgu, malam ni temankan saya sambut merdeka di KLCC boleh?”
Aku kembali duduk, sambil merenung lama mesej yang baru aku terima. Tanpa berfikir panjang aku balas mesej Maisyarah. “Ok, saya ambik awak di rumah jam 830”.
Tak sampai 5 saat, satu mesej balasan dengan hanya satu emoticon love aku terima.
Amar says
Aik, dah berjinak dengan dunia certot la ni… khusyuk aku baca.
Dulu ada lah aku tulis satu cerpen, kawan-kawan tanya tu buku sejarah dari manuskrip mana? Terus aku berhenti tulis. Sampai sudah tak tulis dah.