Sabah merupakan salah sebuah destinasi percutian yang menarik di Malaysia. Kalau buka carian di google pun macam-macam tempat yang disenaraikan sebagai tempat menarik yang mesti dilawati jika bercuti ke Sabah. Tapi, harus diingat, tak semua tempat tu kita mampu pergi jika tempoh percutian tu singkat.
Saya berminat nak kongsikan tips percutian ke Sabah berdasarkan pengalaman 4 hari 3 malam di sana baru- baru ni. Saya cuba aturkan tempat yang patut dituju mengikut keutamaan (priority) percutian yang tidak menggunakan khidmat guide/ agen perlancongan. Yang ambil khidmat agen tu, ikut agen je la.
Tips umum:
- Kalau boleh booking tiket flight awal pagi. Kalau delay pun tak la bazir sangat masa.
- Pilih hotel ikut tujuan utama. Kalau memang niat nak shopping dan shopping dan shopping lagi..pilih lokasi di tengah bandar. Macam hotel le Meridien, cylen , cititel express atau Switz Paradise pun ok. Kalau nak tenang atau nak dekat dengan laut ambilla hotel area Tanjung Rhu, atau Best Western yang dekat dengan jeti nak ke pulau.
Hari Pertama.
Oleh kerana ambil flight agak lewat, so agak terganggu la program yang dirancang. Flight jam 12 tengahari delay 1 jam. Dah sampai di Sabah- hujan. Flight tak dapat kebenaran untuk landing. Merasa la bersiar-siar di ruang udara Sabah selama 20 minit. Syok? Best juga sebab nampak pulau yang berterabur.. Indah ciptaan Allah. Asalnya jangkaan tiba di Sabah jam 2.40 petang dah jadi pukul 4 petang. Lepas selesai urusan check out, saya terus dapatkan khidmat teksi untuk ke hotel. Lazimnya tambang teksi sekitar RM 30.
# Tips: kalau berhajat nak merayau kat sekitar KK dan rasa keupayaan diri tu kuat, tak perlu sewa kereta lagi. Sebab kos sewa kereta memang mahal.
Lepas check in di Hotel Switz Paradise, saya dan isteri terus keluar merayau sekitar bandar KK. Bagi sesiapa yang berpengalaman mengukur jalan KL sekitar jajahan Central Market ke Sogo dengan berjalan kaki, gerenti tak ada masalah nak tawan bandar KK ni. Sebab semua tempat best jaraknya sekitar itu sahaja. Jalan-jalan cari maklumat tentang pakej percutian yang ada di tawarkan di beberapa tempat Shopping Mall ( CenterPoint Sabah).
Lepas makan malam, balik bilik dan atur tempat lawatan. Actually kene rombak tentatif perjalanan kami. Tidur awal sebab esok nak kena bangun awal…. Subuh kan jam 4.30 pagi, awal sejam dari semenanjung.
suri says
wah jalan jauh ni.urusan kerja ke sesama kawan.macam best sahaja.ada ole-ole untuk saya 😉
Amran says
Urusan percutian keluarga kak suri.. urusn kerja ntah smpai ntah tidak. Harap2 posting ke sana nanti.
Amar says
Manyak syok ar lu yalan-yalan ar apek…
Nanti boleh ler korang jadi tourist guide kitorang plak an… Senang sikit kitorang nak melangut tak cangak-cangak an… Terbaik ler bro. Haha…
Amran says
Boleh saja..
kaykillua says
Macam seronok ke timur Malaysia ni. Harap gua ada can nak travel ke sana insyaAllah.
Amran says
Sure seronok. Kalau ada masa dan duit rasa cam nak g lagi je.
Bahrain says
teringin nak ke sabah atau sarawak. alam semula jadi kat sana katanya paling cantik..
Amran says
insyallah satu hari nanti akan sampai juga. kat sana memang masih belum banyak pencemaran. cantik2 dan segar rasa udaranya.
faizul says
aku pun baru balik bercuti di sabah. memang enjoy tapi aku sewa kereta so boleh jalan puas2!
Penat ba..
Amran says
owh ye ke.. ramai2 ke berdua bro? kalau ramai2 sewa keta memang berbaloi.
suriaamanda says
Sabah ada dalam my wishlist yang masih x lepas2 lagi…ntah bila boleh jejak..
iedaasuzi says
Salam…boleh kongsikan sikit hotel switz kat area mana?
Saya dah proses nk book hotel…
Mohon pandangan drpd cikgu…tq…
Amran says
Switz ni kat bangunan asiacity. Dalam bangunan pasaraya besar. Jauh juga la dari airport, dan jauh juga dari jeti jasselton. Kiranya hotel ni ada kat tengah2. Satu lg, hotel ni bilik dia agak kecik dan takde tingkap. Cuma layanan dia A, ada mesin basuh, kedai makan banyak kat sekitar tu.
Kereta Sewa Port Klang says
Tips untuk elakkan harga Kereta Sewa yang mahal, bandingkan harga Kereta Sewa sekurang kurangnya 2 3 syarikat(boleh search di google) dan bercuti bukan dalam peak time mcm cuti sekolah atau hari minggu..
KHAIRUL AMRAN says
Kalau cikgu nak cari time bukan cuti sekolah memang tak de la.
Roslan says
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
Syarikat SUHAZRINAH ENTERPRISE SDN.BHD adalah syarikat ‘Taxi Limousine’
Assalamualaikum….
yang beropersi sejak 5 Tahun yang lalu, mempunyai pengalaman yang mendalam tentang tempat-tempat yang menarik di sabah.
Kami menjemput anda ke sabah untuk bercuti dengan kadar tambang yang rendah dan berpatutan,
sila hubungi kami untuk mendapatkan kadar tambang ke mana sahaja di seluruh sabah.
+6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
email: taxisabahlimo.com
http//:www.taxisabah.com
KHAIRUL AMRAN says
Kalau saya ke sabah boleh dapat harga terbaik ke? heeh 🙂
kereta sewa shah alam says
sekali sekala dapat makan angin bersama keluarga alangkah hepinya. jauh dari kesibukan kota bandar. …
cik Jaja says
Mana lagi best ye.. ikut ejen ke sendiri-sendiri? Tengah survey-survey, hehe
Khairul Amran says
Lagi best rancang sendiri. Cuma kena study sikit mana nak pegi dulu dan mana yg sesuai pegi kemudian.