Semasa kecil, kita sentiasa bergantung harap dengan ibu bapa kita. Dari sekecil-kecil perkara sampailah sebesar-besar perkara kita mengharapkan ibu bapa yang buat. Pada masa tu sayang kita pada mereka, sayang yang tak berbelah bagi.
Semakin besar kita, semakin remaja kita, tahap kebergantungan kepada kedua ibu bapa semakin kurang. Begitu juga dengan kasih sayang. Ia berkurangan selaras dengan tahap kebergantungan kita kepadanya. Dah besar, tapi masih duduk bawah ketiak mak, memang kena kutuk. Ada ke patut?
Lebih menyedihkan, apabila sudah dewasa ada diantara kita lupa terus pada ibu-bapa. Setelah ada suami atau isteri, anak-anak, harta benda sendiri, ibu dan bapa dah macam tak pernah wujud dalam hidup. Kerana apa? Kerana kita sudah tidak mengharapkan ibu-bapa menyuapkan makan, basuhkan baju, kejutkan dari tidur dan segala-galanya yang mampu kita lakukan sendirian.
Namun, mereka tidak pernah sedikit pun lupa dengan kita. Andaikata kita balik sekali-sekala, mintak tolong mak masakkan makanan kegemaran, dah tentu mak takkan menolak. Kadang-kadang tu kalau mintak mak tolong sikatkan rambut macam masa kecik-kecik dulu pun mak masih sanggup.
Layakkah kita melupakan mereka? Layakkah kita berkecil hati dengan mereka? Layakkah kita terluka dengan sikap mereka yang kadang-kadang menegur kita walaupun kita dah besar panjang? Renunglah sekejap wajah emak dan abah. Lama kelamaan kita akan rasa kita masih perlukan mereka walaupun kita dah menempuh usia tua.
Saya suka kaitkan cerita ini dengan hubungan kita dengan Allah. Kenapa Allah suruh kita berdoa? Ya.. berdoa adalah tanda pengharapan dan kebergantungan kita kepadaNya. Macamlah hubungan kita dengan emak tadi, semakin kerap kita mintak, merengek, merayu semakin mereka rapat dengan kita.
Bukankah dengan meminta itu tanda kita masih berharap dengan Allah sampai la kita mati?
sembangmotor says
Apa pun yang berlaku, ibu dan bapa memang keutamaan no satu (terutama untuk anak lelaki). Dulu kita menerima, sekarang lah masanya untukkita memberi.
Amran says
Ya betul tu. Dan sepatutnya juga anak perempuan lebih-lebih la memahami sifat ibu.. dia juga akan jadi ibu. Kesian juga pada perempuan2 yang tak hormat ibu.
Jamian Sarif says
terima kasih cikgu,perkongsian yang membuatkan aku rasa sedih pulak pagi2 ni….ibu bapa adalah segala2nya….tanpa mereka siapalah kita.biarlah orang ckp “anak emak”duduk bawah ketiak .x jadi masalah rasanya.yang masalahnya jgn sampai orang panggil kita “anak derhaka”..nauzubillah…
Amran says
Sama-sama. Jangan sedih2. Ada masa balik kampung jenguk2 orang tua. Kalau merka dah ta ada, mak pak sedara pun sama tarafnya, kalau mereka juga dah tak ada, kawan-kawan dan jiran2 mereka juga boleh kita gembirakan.
nurinsaniah says
emak adalah segala-galanya.tanpa emak siapalah kita.
Joe Ismail says
bagaimanapun orang tua pasti senang kalau anaknya sudah bisa mandiri dan lepas dari orang tua…
Kiky says
emak memang kasihnya abadi ya, semoga selalu dilindungiNya 🙂
Amar says
Mak selalu harap anak kesayangannya menjaga dia ketika usia tua. Tapi rezeki tu ketentuan Allah. Ada mak yang tak dapat tu, sebaliknya anaknya yang merapu tu yang jaga. Hai Anak kesayangan… Tolong lah balik jaga mak sebelum anak yang merapu tu give up.