Pasrah dengan keadaan keewangan syarikat yang tenat. Sudah akhir bulan August, khabar bonus belum kunjung tiba. Aku cuma mampu menelan air liur melihat rakan-rakan di sektor awam menerima bonus. Ada juga dari syarikat lain menerima bonus sehingga 3 bulan. Rezeki masing-masing.
Belum terbayar bonus tahun lepas, sudah dapat arahan untuk isi borang appresal tahun depan. Apa bezanya bersusah payah mengisi borang itu kalau saban tahun macam ni jadinya. Seperti menanti buah tak gugur.
Bekerja dengan GLC sehebat ini belum boleh menjamin segala kebajikan pekerjanya terjaga. Lebih baik bekerja di syarikat kecil.
Wahai hati, berhentilah berharap. Terimalah keadaan seadanya.
titan says
wahh, mesti best dapat 3 bulan bonus..
Cikgu Hairul says
Memang best kalau dapat 3 bulan. Kalau takde langsung.. nanges..
adele says
kalau petronas,mencecah 8 bulan bonus..bayangkan lah..huhu
sabar ye cikgu..jika tertulis rezeki tu takkan ke mana 🙂
Amar says
Bonus tu datang dlm pelbagai bentuk.
iAwani says
iya, saya sokong, walau bonus kewangan tidak ada, tapi bonus dalam bentuk lain mungkin ada, datanya pula berterusan. Rezeki ni bukan hanya dalam bentuk kewangan sahaja..