
Ni satu berita yang mengembirakan buat Rakyat Malaysia sekitar ibu kota. Mini UTC Keramat Mall sudah beroperasi. Cuma PM belum lagi rasmikan. Ramai yang belum tau, of cos la masih tak ramai pengunjung.
Mini UTC lebih kurang je macam UTC lain yang sudah beroperasi. Boleh dikatakan semua agensi kerajaan ada. Mudah untuk berurusan.
Nak datang sini boleh guna perkhidmatan LRT dan turun di stesen LRT Damai. Jangan bawak kereta, parking sangat terhad. Silap parking memang DBKL atau polis towing la jawabnya. Jadi, nak selamat parking je kat stesen LRT yang ada parking macam kat Gombak, Kelana Jaya, Jelatik dan Setiawangsa.
jika begini ia memudahkan orang awam berurusan pada waktu lapang terutama pada waktu malam
Waktu malam berurusan memang paling saya suka. Ramai yang siang waktu sibuk sampai nak berurusan pun tak boleh.
ada juga beberapa kali pergi utc perak heee urusan kita cepat juga tapi kalu pergi masa depa rehat memang payah skit nak tunggu mereka masuk uh,,
Biasanya kan mereka bergilir2 rehat. Tak de la kaunter tutup terus waktu rehat. Tu la, agak lama menunggu jugak kalau mereka rehat.
UTC pun ada mini gak. Yang penting memudahkan pengursan orang awam.
Mesti la ada. Skirt pun ada mini, inikan pulak UTC. heheh
Baru dibuka rupanya. Selama ni round kat area tu tengok sunyi je. Ingatkan takda orang nak pegi ke hapa ke. Hehe
Kalau pegi sekarang, nampak happening dengan kereta parking sampai ke atas jalan raya. Tapi tu bukan pengguna UTC la. Yang parking kat situ pengguna LRT. Heheh. Kalau dah betul2 ramai nanti, tak tau la nak parking kat mana.
pernah pergi sekali, time tu belum siap sepenuhnya. harap boleh dimanfaatkan
Oooo.. p kenduri kawin ke?
keramat?
dekat kampung datuk keramat ke?
dah lama aku tak ke keramat
entah ingat ke tidak lagi arah jalan
Yup.. dekat keramat sebelah LRT Damai. Jalan tu tak berubah bro. Cam tu la sejak dulu lagi. Kan kawasan tu laluan satu hala sejak dibuka. Tak tau la kot akan berubah juga lepas pasar keramat kena roboh nanti.
Maka berpeluanglah Keramat Mall tu dimeriahkan seperti yang diharapkan beberapa tahun lalu. Jadi.
Mudah berurusan untuk semua perkhidmatan setempat.
Memang mudah. Kalau kena dengan masanya, urusan pun cepat.
waahh…bolehlah lain kali saya pergi ke UTC Keramat pulak bersama family, thanks for info dear
Yup.. memang boleh sesangat. Nak lagi meriah tunggu dirasmikan nanti.
salam. macam mana nak hubungi klinik 1 malaysia di sana ? puas cari di laman web tak jumpe langsung. boleh tolong ??? nak dapatkan harini. penting! terima kasih.
Wslm, yang tu tak pasti la pulak.
Idea UTC ni memang baik. sbb mudahkan orang untuk berurusan. dan bonus lagi bila berhampiran LRT. harap2 UTC lain juga dibina dengan idea sebegini.
Kedai Tenaga ada tak di UTC Keramat Mall?
Tengok macam tak ada.. Mini UTC ni banyak benda tak ada. Pejabat pos pun takde.. hmmmm