Terpana seketika melihat suapan berita. Buka kebanyakkan siaran di waktu perdana rata-rata bercerita perkara yang sama. Tidaklah sedap telinga yang mendengar. Tidak juga terasa hati. Lumrahnya kita memang sebegitu.
Kejayaan diri biasanya dikaitkan dengan diri. Oh! Besar sungguh ujian Tuhan. Hampir setiap kejayaan disertai kegembiraan. Tak salah menonjolkan kegembiraan. Seeloknya kejayaan dikembalikan kepada Si Pemberi Kejayaan.
Itulah dugaan orang berjaya. Tanpa sedar menafikan hak Pemberi Jaya. Semuanya dikata upaya diri. Eh! Salah tu.
Satu lagi sikap kita. Kita maknanya termasuk saya. Sering menganggap setiap kejayaan kita asal dari usaha kita namun bila kegagalan menimpa lantas menyalahkan orang lain. Aku menang akulah yang berusaha. Aku kalah engkaulah punya angkara!
Sikap buruk kita tu..
tolak jauh2 dah nak masuk tahun baru..erk.. tahun islam sudah mula maju ke hadapan heee…
salam
setiap yg berbicara akan mengatakan seperti itu walhal milik hakiki tu utk do megah hanya Dia berhak sahaja..
yups
kembalikan pada yang hak
kejayaan dan kegagalan hanyalah ujian dariNYA
huhu, sama la, kena buang sikap buruk yg ada ni.. muhasabah diri.. 🙂
Senang salahkan orang lain dari meng’forensik’ diri sendiri.
menforensik diri? hehehe.. istilah yang wajar dikomersialkan.
biasalah tu. masalah orang kita. dari dulu sampai ke hari ini.
dulu, kini dan selamanya begitu. perlu diubah.
Normal la manusia ni cikgu… bila berjaya,.. guna term “saya”, masa buat kerja, guna term “kita”…
masa gagal guna term, dia..
Tepat sekali!
sabarkan ajelah ye..buat kerja macam biasa..
takpe cikgu teruskan berusaha