Dunia diambang peperangan. Itu yang saya nampak sekarang. Peperangan kali ini nampak benar perbezaannya dengan peperangan zaman kita dijajah dulu. Walaupun saya belum wujud masa peperangan dengan penjajah di Tanah Melayu namun melalui pembacaan bahan-bahan sejarah, serba sedikit saya mula faham apa itu peperangan.
Dunia cyber menjadikan peperangan di satu wilayah yang jauh menjadi sangat terkesan di Tanah Bertuah Malaysia ini. Walau jarak Gaza dengan kita mencapai ribuan kilometer, aura peperangan di sana jelas terasa di sini. Lagi-lagi peperangan itu adalah peperangan dengan saudara-saudara kita dengan pengganas paling unggul di dunia.
Kita sangat terkesan kerana kuncu-kuncu pengganas juga telah merobek kita dari dalam. Bukan dari sana, tetapi dari dalam negara kita sendiri. Percayalah, kuncu-kuncu mereka juga berperanan secara nyata memerangi kita. Mungkin sedang kita lena, mereka buat kerja. Tak mustahil masa kita tengah celik juga mereka buat kerja.
Peperangan ini sudah bermula. Sedikit demi sedikit mereka mula cari pasal. Cuma belum sampai je lagi bom atau kapal perang mereka ke sini. Namun ianya tak mustahil. Bom bagi negara kecil macam kita ni tak perlu dengan bom yang meletup. Cukup dengan agen pemecahbelah. Itu juga boleh menjadikan satu letusan besar yang akan memusnahkan kita semua.
Tengok je la macam-macam isu yang timbul mutaakhir ini. Sikit punya hal, kecoh satu negara. Ejen-ejen pemecahbelah mula masuk jarum. Sikit masa lagi meletup la tu.
Sebab tu la saya kata, lain macam benar peperangan kali ini. Tanpa bom bertan-tan pun kita boleh meletup.
Ekonomi kita yang sangat stabil satu waktu dulu mula ternacam. Dengan TPPA yang bakal terlaksana, GST dan macam-macam lagi bala ekonomi mula menjelma. Itu semua adalah bom-bom yang akan menghancurkan kita.
Persoalannya; adakah kita telah bersedia menghadapi peperangan ini? Kalau ekonomi kita disekat satu hari nanti, mampukah kita meneruskan hidup? Apakah persiapan yang boleh kita buat untuk menghadapi segala kemungkinan ini?
Mungkin idea atau pandangan yang akan saya kemukan ini boleh ditimbang untuk difikirkan bersama. Kita kena bersedia dan kena ambil tindakan.
- Ikat perut, banyakkan tahan nafsu makan dan kebendaan.
- Belajar ilmu mempertahankan diri.
- Dekatkan diri dengan Allah.
- Tingkatkan aktiviti pertanian, simpan stok makanan. Jangan lagi import dari negara luar.
- Sediakan sebanyak mungkin senjata. Di peringkat lebih tinggi (kerajaan) sediakan senjata untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
- Paling kurang, latih masyarakat dengan memanah atau lestik. Nampak kelakar, tapi kalau dah terdesak itu pun berguna. Daripada sukan yang mencetuskan pergaduhan macam bolasepak, baik ketengahkan sukan memanah.
- Kawal tempat-tempat strategik seperti janakuasa elektrik, sumber air dan media supaya tiada unsur-unsur pencerobohan dapat masuk.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita fikirkan bersama untuk membuat persediaan menghadapi perang alaf baru. Bukan setakat hebat di atas keybord, hebat juga di medan tempur.
Mohon kalau ada penambahan apa yang boleh kita buat untuk menghadapi situasi ini ditulis di ruangan komen ye..
Faizal Fredley says
kita hanya mampu berperang melalui cyber sahaja..
KHAIRUL AMRAN says
Berperang di alam cyber pun ada kesannya juga bro.. Masing2 kalau main peranan yang betul, tercapai juga matlamat.
Anak Askar Pencen says
Banyak yang perlu negara kita sediakan sebelum hadapi peperangan. Perkara paling mustahak adalah sumber makanan. Hari ini sumber makanan kita banyaknya yang diimport. Andainya di rantau kita alami musibah peperangan, entah macam mana la rakyat biasa nak survive cari makan.
KHAIRUL AMRAN says
Makanan ni memang kritikal. Sebab tu perkara pertama kita kena buat ialah kawal nafsu makan. Masa susah nanti takde la rasa nak makan banyak sangat. Persediaan mental itu penting.
Amar says
Latihan kecekapan deria. Latih diri untuk ingat kedudukan barang dalam rumah sebelum keluar rumah. Bila kita balik kita akan lebih peka dengan setiap perubahan. Latih untuk ingat kelaziman kejiranan kita supaya perubahan kecil cepat kita kesan. Latihan deria ni yang banyak kita abai. Setakat ni cuma orang yang terlibat dengan hal penyiasatan seperti polis sahaja yang terlatih dengan perkara ni. Kita orang awam perlu juga supaya deria kita sentiasa hidup. Just my two cents.
Anti-Radikal says
Jgn terlalu bersikap radikal. Setiap perkara yg berlaku ad hikmahnya
Anti-Radikal says
Blom tentu GST tu menyusahkan rakyat. Cukai ni untuk kebaikan kita. Cnthnya, bila kerajaan nak beli aset pastinya memerlukan duit dan sumbernya ialah dari cukai.
asmawiah says
Xsemua orang tau… Pada 14 oktober 2016… Ayah chik hj hadi telah berpesan 2x agar kite semua menanam ubi kayu utk menghadapi 2017… Bila ulamak berbicara…