Sepanjang kita bekerja, berapa kali sudah bertukar kerja? Saya pernah dengar seorang kawan yang bertukar kerja hampir setiap tahun. Macam manalah hidupnya?
Inilah orang yang dianggap berani. Berani membuat perubahan. Dari sudut yang lain, perbuatan bertukar-tukar kerja ini tak elok. Majikan dan bakal majikan melihat dia tiada kesetiaan.
Dari sudut positifnya, seseorang yang suka bertukar kerja akan menjadikannya seorang yang multiskill. Itu pun kalau dia ambil peluang belajar dan memahirkan diri di tempat kerja lama.
Biasanya orang yang suka bertukar kerja ni mereka yang tak cukup umur dan tak ada komitmen lain. Umur mereka yang suka macam ni di antara 19 hingga 25 tahun. Masa tulah mereka sedang mencari identiti diri dan kesesuaian kerja.
Ramai majikan yang berkira-kira semasa nak ambil pekerja. Selain dari ilmu, kemahiran dan kebolehan, perkara lain yang diambilkira ialah kesetiaan. Buat apa nak ambil mereka yang tak setia. Baru bekerja sebulan dua dah cabut. Kan menyusahkan. Jadi hati-hatilah bagi pencari kerja.
Bertukar kerja sekali dua tu tak apa. Untuk mencari pengalaman dan menambahkan kematangan dalam membuat keputusan.
Leeza Dayasari says
kalau asyik tukar kerja, mcm mana nak dpt naik smpai atas…. bila mula2 kerja, kita kena sabar lah kan.
Cikgu Hairul says
Sebenarnya teori kerja lama akan dapat naik tu hanya segelintir je yang berpeluang. Pada pendapat dan pengalaman saya, kalau kita bertukar kerja, lebih mudah naik pangkat. Gaji pun boleh demand.
TehR says
ada juga cikgu yang suka bertukar sekolah
katanya cari suasana baru
hairan sungguh
Cikgu Hairul says
mungkin juga suasana baru akan menambah semangat baru. maklumlah duduk lama-lama di satu tempat memang membosankan. Lagi-lagi kalau kita ni jenis cepat bosan.
ecadwinkyasha says
kalau asyik tukar,pengalaman mmg byk..tpi loyalty?…majikan pun fikir2.hehehe
Cikgu Hairul says
itu yang jadi masalah besar. tapi kalau berpindah kerja bila perlu memang berbaloi-baloi. Syaratnya ia tak dijadikah habbit je.
hairulafiz says
betul tu org bujang boleh bertukar kerja, kalau dah kahwin parah dibuatnya
Cikgu Hairul says
orang yang dah kawin biasanya akan fikir banyak kali sebelum bertukar kerja.
effortlab says
Kadang-kadang keadaan yang memaksa kita tukar kerja. Mana tahan kalau kerja bagai tahap meroyan tapi x berbaloi dgn pendapatan. Setia kepada majikan xkan mengenyangkan perut family kita hehe
Cikgu Hairul says
itu satu tindakan bijak. dapat offer tempat lain yang lagi berbaloi buat apa nak tunggu kan?
Achik Ezz says
Macam tak de prinsip dan hala tuju masih samar je kalau asyik tukar2 tempat kerja ni. Biasanya ia terjadi pada mereka yang kurang komitmen..
Macam van sekolah yang bawak durian penuh ruang tu..kecelaruan identiti..van part time job?
Khidhir says
baru kerja dua bulan dah rasa nak tukar kerja lak..
Shahrul says
kalau setiap tahun tukar kerja tu dah kira tak OK…
ieta says
Dulu sy suka bertukar2 kerja kalau tak puas ht ngan bhgn pentadbiran yg hampeh. Ms tu bujang lg… Lgpun, kerja base on contract je. Tp sejak ada anak, sy sntiasa berfikir panjang utk membuat sesuatu. Lebih suka dgn kerjaya skrg sbgai guru. Disamping memnuhi kehendak jabatan belajar lagi DPI, di UTM walaupun dah ada diploma Komputer & Pengurusan. Belajar memang best 🙂