Betul ke kita nak berjimat? Tak payah tanya orang lain, tanya pada diri sendiri. Saya pasti semua jawab, ya pasti saya nak berjimat.
Nanti dulu..
Sebelum kita perasan yang kita ni sudah mulakan penjimatan, tengok dulu sekeliling rumah kita.
Cuba tengok ada tak barang duduk dalam rumah kita tapi tak digunakan? Ada tak barang yang kita beli, hanya dibiarkan duduk di sudut ruang tamu tanpa dimanafaatkan sepenuhnya?
Masuk pula ruang dapur, berapa banyak pinggan mangkuk yang kita ada? Adakah kita guna semuanya? Kalaupun untuk kegunaan jamuan hari raya, adakah semuanya kita guna?
Bab makanan, berapa banyak kita tinggal untuk dibuang? Ikan terlebih beli, sayur lebih, daging setahun dalam peti sejuk, yang akhirnya jadi bahan buangan.
Ok ok ok..
Apa kata tengok baju dalam almari pulak. Banyak kan? Semuanya kita guna? Sudah banyak baju, tapi masih lagi kita shopping setiap bulan?
Baik, cuba pulak tengok bill utility. Di rumah dah ada unifi tapi masih subscribe data plan telefon yang harganya beratus-ratus? Oh, cuba nilai semula berapa banyak data dan panggilan yang kita guna sebulan.
Tak cukup dengan itu.
Nilaikan juga berapa kali kita makan di luar? Ke mana hujung minggu kita? Adakah semua itu mengikut gaya hidup mewah?
Sebenarnya kita masih pemboros, suka membazir dan hidup bermewah-mewah. Walaupun mulut sering mengeluh, harga barang mahal, minyak naik, kos hidup meningkat, hakikatnya itu hanya keluar di mulut.
Kalaulah benar-benar kita nak berjimat, kita akan ambil tindakan. Hentikan semua sikap pemboros kita. Tapi kita cuma fikir kita sudah melakukan penjimatan, tanpa action yang sepatutnya.
Ketahui Cara Paling Efektif Guna Kad Kredit Yang Tak Ramai Orang Tahu!
So sekarang masih lagi nak duduk diam? Mulakan langkah awal. Usah toleh ke belakang lagi. Kita perlu berjimat. Hidup jimat lebih manafaat.
Salam Jumaat penuh keberkatan.. Assalamualaikum.
Amar says
Lampu terpasang, orang takde.
Kipas berpusing nombor 16, orang takde.
TV terpasang, orang takde.
Kubur dah siap gali, mayat tak sampai lagi.