Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Betulkan Niat Solat, Jangan Sampai Terpesong

Betulkan Niat Solat, Jangan Sampai Terpesong

18 November 2014 by admin

berkat solat

Sebenarnya bila ramai orang-orang berjaya share asbab mereka berjaya adalah disebabkan ‘keberkatan solat’ aku jadi takut nak terus dengar dan membaca. Takut nanti aku solat sebab mendambakan imbuhan ‘dunia’.

Sekarang ni pun, ramai usahawan dan pak-pak ostad sibuk promosi pasal Solat Dhuha. Kononnya akan menjadikan kita senang dan kaya raya. Memang betul, Nabi tak pernah tinggalkan solat Dhuha. Tapi itu bukan boleh dijadikan asas kepada kita mengatakan solat Dhuha penybab kaya. Sekarang, bila fikir pasal solat dhuha mesti sedikit sebanyak terdetik dalam hati mahukan habuan dunia. Tak salah pun usaha solat dan doa tu, malahan dituntut. Tapi takut-takut rangkuman niat solat dan ibadah tu yang pertama untuk dunia, yang kedua barulah untuk Allah atau akhirat.

Aku baru juga tau, ada satu kajian oleh universiti tempatan berkenaan terapi solat. Hasil kajian mendapati orang yang solat macam solat terawih tu setiap hari awet muda. Kajian ni dibuat keatas dua kumpulan responden yang dah pencen. Bahaya juga bila niat solat bukan kerana Allah, tapi kerana nak awet muda.

Banyak lagi benda yang orang kaitkan solat dengan imbuhan dunia. Bila difikir-fikirkan memang ngeri. Sedangkan kita tau, tak ada satu amalan zikir dan solat pun yang boleh dibuktikan menyebabkan seseorang itu berjaya atau tidak dalam dunia ni. Ramai juga orang tak solat tapi berjaya. Ramai juga orang yang solat papa kedana.

Jadi kesimpulannya, jangan pandai-pandai kaitkan kejayaan duniawi dengan amalan solat. Berjaya atau gagal tu semua kehendak Allah. Terpulang kepada Dia nak bagi kita apa-apa yang Dia suka. Sebagai hamba, kena ikut perintah. Solat itu perintah. Tak kiralah apa pun yang berlaku, perintah itu dilaksanakan kerana Dia, dan bukan kerana sesuatu yang lain.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. blogger lelaki says

    19 November 2014 at 00:00

    ikhlas dan niat itu yang penting dan kita takut terpesong atau kita ditipu oleh hati kita sendiri…ikhlas tu memang senang nak sebut..tapi nak laksanakan itu cukup berat dan susah…

    Reply
  2. jaymiee says

    19 November 2014 at 14:26

    sebenarnya kita semua ni dah banyak terpesong dr landasan….moga dapat diperbetulkan kembali niat kita ..in shaa allah selamat dunia dan akhirat….

    Reply
  3. Ain Ridzuan says

    19 November 2014 at 16:56

    Tujuan kita bersolat ini adalah untuk mendekatkan diri dan tanda terima kasih kita pada Allah. Orang-orang yang selalu mendekatkan diri dengan Allah pasti Allah sayang.

    Reply
  4. titan says

    19 November 2014 at 17:01

    ehh..

    ko tukar theme lagi ka?

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      19 November 2014 at 21:50

      Cam tu la bro. Pening memilih theme.

      Reply
  5. Fadhil Husin says

    19 November 2014 at 17:06

    sudahnya yang masuk Metro tu rupanya scam sahaja. haha.

    Reply
  6. Sylarius Yusof says

    19 November 2014 at 17:26

    Solat ni kalau nak khusyuk tu memang susah sikit bagi orang yang macam saya ni. Macam-macam benda nak fikir time tengah solat tu. Time-time solat tu la boleh teringat macam-macam. Kunci hilang pun boleh terjumpa masa tengah solat.

    Reply
  7. Liza says

    20 November 2014 at 15:43

    solat lah kerana Allah….

    Reply
  8. TehR says

    20 November 2014 at 23:10

    harap2 niat aku sentiasa lurus
    insyaallah

    Reply
  9. Oja Samid says

    22 November 2014 at 19:32

    semuanya bermula dari niat. tapi walaupun niat yg baik, lillahi ta`ala, bukan senang nak meraih ikhlas. >_<

    Reply
  10. Anonym says

    5 December 2014 at 15:10

    xde pun nama hamba allah ni kat http://www.istiadat.gov.my/v1/index.php/component/semakanlantikanskp/

    Reply
  11. tanah untuk dijual di kedah says

    1 January 2015 at 12:09

    niat kerana ALLAH

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in