PDPR ni banyak cara. Sama juga dalam kelas. Cikgu guna macam-macam cara untuk ajar murid.
Bukan cuma satu kaedah tu je yang cikgu guna. Ia bergantung benar dengan tingkahlaku murid.
Sebab tu ada cikgu guna google meet, youtube, telegram, hantar kertas latihan ke rumah.. pendek kata, macam-macam cara la sampai kadang-kadang pening parent nak melayan.
Ye tuan-tuan,
Macam tu la cikgu kat sekolah. Nak sampaikan ilmu kepada anak-anak kita, cikgu guna macam-macam kaedah sesuai dengan sorang-sorang punya perangai anak murid. Cuma, masa tu parent tak nampak la cikgu buat apa.
Tau-tau hujung tahun masa ambik report kad, anak dapat keputusan cemerlang. Parent suka bukan kepalang. Wah! Pandai anak aku. Hebat betul mak bapak dia mendidik anak.
Tapi, hari ini bila usaha cikgu dipertontonkan. Usaha cikgu betul-betul di depan mata parent. Banyaklah cakap-cakap sinis. Bunyi rungutan dan kecaman kita dengar.
Ada sahaja yang tak kena. Ada parent tu sampai ambil keputusan tak mahu langsung anaknya terlibat dengan pdpr. Stress katanya. Kesian kat anak katanya. Cikgu cuma tau tampal YouTube dan tampal Google form kat telgram katanya.
Sebenarnya jauh di sudut hati parent yang banyak komplen dan caci maki cikgu tu sangat terbeban dengan pendidikan anak. Percayalah, parent jenis macam tu, basuh berak anak pun dia ingat cikgu punya tugas.
Memang ada kes. Cikgu dapat makian sebab anak dia kencing bersepah. Kalau sekecil pendidikan itu pun mengharap cikgu, percayalah PDPR yang memerlukan penglibatan parent menjadi beban paling berat untuk mereka.
Biarlah yang pakar beraksi. Tau kenapa kita tak dibenarkan masuk dalam bilik pembedahan walaupun yang kena bedah itu orang yang paling kita sayang?
Ya… Doktor tak mau kita masuk campur urusan pakar-pakar ni bekerja. Simple kan?
Leave a Reply