PKP fasa 3 ni aku cuba rajinkan diri ke dapur pulak. Kalau sebelum ni, aku banyak habiskan masa berkebun tanam ulam-ulaman, aku nak cuba buat yang lain pulak. Pelbagaikan aktiviti memenuhi masa lapang.
Petang tadi lepas aku habiskan kerja-kerja edit video tutorial untuk kelas minggu depan, aku cuba kacau isteri kat dapur.
Dah dia nampak aku ke dapur, dia hulurkan aku dengan beberapa keping kulit popia dan semangkuk inti sardin. Dia ajar macam mana nak lipat jadi macam popia mak cik Kiah depan Petronas tu.
Gigih aku siapkan. Walaupun bentuk tak berapa cantik, dapatlah juga dua Tupperware buat sarapan dan minum petang seminggu.
Tak ada alasan untuk mengeluh tak ada kerja nak buat bila duduk rumah. Macam-macam aktiviti terutama aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kita selalu mengadu tak ada masa untuk keluarga. Nah, Allah dah beri masa itu. Jangan mengeluh lagi.
Leave a Reply