Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Bila Theme Telah Bertukar-Tukar Ini Tanda Mod Berblogging Telah Kesungai

Bila Theme Telah Bertukar-Tukar Ini Tanda Mod Berblogging Telah Kesungai

17 April 2014 by admin

Dua tiga bulan ni saya tukar theme macam orang tak ketahuan. Stock premium theme yang saya beli dulu habis dah dicuba satu-satu. Malangnya takde yang kena.

sungai-kelang

Semua terjun ke sungai. Yang agak melekat di hati pun, theme tu tak responsive. Walaupun beli di elegantheme dengan harga USD39, tapi kalau tak responsive tak guna juga. Lebih malang lagi h1 tag pulak missing. Google dah tarik balik sitelink. Perh panas betul.

Masalah hilang mod ni mula-mula sekali jadi bila hosting macam tak support cloudflare. Dah try disable dan buat troubleshoot, keputusannya tetap sama. Cloudflare buat blog ini tak dapat diexcess, down sehari sampai 10kali dan macam-macam perangai pelik. Nak lebih kepastian, saya hubungi penyedia perkhidmatan. Yes! Server tak support cloudflare. Ya ampunnn..

Sekarang dah set semula dns ke tempat asal. Dua tiga hari ni nampak ok. Takde down. Cuma agak lambat loading.

Itulah bebelan saya tentang situasi terkini. Hopely dengan theme yang baru ni mampu buat mod blogging kembali. Banyak idea terperap gara-gara masalah yang timbul.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. zik says

    17 April 2014 at 21:38

    Susah juga kalau tak mesra google, blog yang ada pun banyak error nih..

    Reply
    • Amran says

      18 April 2014 at 00:36

      memang susah. nak pujuk balik google tu yang susah.

      Reply
  2. Bahrain says

    18 April 2014 at 11:57

    INSYA ALLAH, theme terbaru ini lebih baik dari theme yang sebelumnya.

    Reply
    • Amran says

      18 April 2014 at 14:15

      Harp2 macam tu la. Tak larat dah nak pk pasal theme.

      Reply
  3. lazaac says

    18 April 2014 at 12:12

    lazaac pernah pasang cloudflare dlu.. mcm tu jgak kes nyer.. itu ini dia block, down berkali-kali.. alih2 pakai vps jer.. install nginx bro.. laju ckit..

    Reply
    • Amran says

      18 April 2014 at 14:17

      Vps? Erkkk.. tak mampu dan belum ada ilmu lg la bro. Nanti la, aku study kat blog bro pasal nginx ni.

      Reply
  4. azlanvai says

    18 April 2014 at 14:56

    Eh boleh hilang ya sitelink sebab H1 tag hilang?

    Laju je theme Eleven40 Pro ni.. Bawah 2 second kira pantas la tu..hehe

    Reply
    • Amran says

      20 April 2014 at 08:50

      kalau pasang theme yang takde h1 tag memang tetiba sitelink kita hilang juga. dah kena 2 kali. kali pertama tu tak tahu. kali kedua ni, memang tahu tapi buat degil. sebab baca kat forum h1 tag kat mainpage tu tak penting. yang penting h1tag kat entry page. sekali dah terkena da.

      Reply
  5. anif says

    18 April 2014 at 18:37

    Pelan-pelan bikin kasi elok! 🙂

    Reply
    • Amran says

      20 April 2014 at 08:48

      hahah.. dah pelan ni bro. udah serupa siput nih.

      Reply
  6. raudzah says

    18 April 2014 at 21:33

    Kalau kita yang kena tu sure hatu punya..salah eidt tempalte sikit pun dah kelam kabut. That why maintain aje dengan tempalte yang ada walau tag dia ke laut..he..he. Nway good luck to you..

    Reply
    • Amran says

      20 April 2014 at 08:47

      thanks kak raudzah.

      Reply
  7. puteri kasih says

    19 April 2014 at 00:35

    puteri jarang tukar theme..sebab memang pening bila ada je yang tak kena selepas tukar. Good luck untuk theme yang baru semoga mood berblog kembali dengan jayanya 🙂

    Reply
    • Amran says

      20 April 2014 at 08:46

      in sha Allah.. mood semakin pulih bila blog dah tak ada macam2 ragam lagi

      Reply
  8. ahmadyani says

    20 April 2014 at 07:29

    Tidak pernah pakai theme berbayar. Tapi peliklah kalau theme berbayar banyak masalah… Selalunya yang bermasalah ni, theme free.

    Reply
    • Amran says

      20 April 2014 at 08:45

      theme berbayar ni tak ada masalah. cuma tak kena dengan mood sekarang. dulu beli dipengaruhi oleh mood pada masa tu. dan tak semua theme berbayar mesra seo atau responsive. nak cari yang memenuhi semua ciri2 tu dalam satu theme memang agak susah.

      Reply
  9. Fyzal says

    22 April 2014 at 16:18

    Kesusahan tu semua ujian tu bro. Ni macam dah ok blog ni. Orait la tu.

    Reply
    • Amran says

      23 April 2014 at 06:26

      ada nampak ok sikit la dari bulan lepas

      Reply
  10. alongxp says

    25 April 2014 at 10:29

    yaa… samelah.. tapi theme tuan ni nampak kemas…

    Reply
    • Amran says

      25 April 2014 at 10:35

      Camno nak buat tu? Udah semua kesungai takde la entry lg. Heheh. Kemas ke theme camni? Muskil plak aku..

      Reply
  11. titan says

    28 April 2014 at 19:21

    sebab tu aku pilih theme percuma aje. kerja tak banyak sangat. haha..

    Reply
    • Amran says

      29 April 2014 at 06:32

      Yang percuma pun ok. Ni alang2 dah ada, try la satu2. Rupanya jiwa hari ini tak sam macam jiwa dulu. Tu yg rasa macam tak matching je tu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in