Masa sekolah rendah dulu cikgu ada ajar bina ayat berdasarkan gambar yang diberi. Mesti korang ingat lagi masa tu. Terkebil-kebil kita memikirkan ayat. Cikgu pulak garang, tak boleh langsung sama ayat dengan kawan-kawan. Kalau ada 40 orang dalam kelas, maknanya ada 40 ayat berbeza yang menceritakan gambar tersebut. Latihan tersebut akhirnya menjadikan kita menjadi semakin pintar. Kita dapat ilmu untuk melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.
Next stage, cikgu suruh buat sebuah karangan berdasarkan sebuah gambar. Samalah juga, akan ada 40 cerita yang berbeza mengenai gambar tersebut. Seronok cikgu baca cerita murid-muridnya. Ada cerita kelakar, ada cerita sedih malahan ada juga cerita yang tak masuk akal.
Cikgu yang baik tak marah pun kalau kita buat cerita yang tak masuk akal. Kita kan punya tahap pemikiran yang berbeza. Dari situ cikgu akan mengenalpasti potensi diri kita. Bakat yang ada diasah, digilap dan dikomersialkan menjadi kita saat ini.
Kita tahu akan hakikat itu. Tetapi yang peliknya kenapa kita tidak mahu mengakuinya. Cukuplah sekadar memahami setiap manusia ada pandangan yang berbeza. Tidak layak kita marah dan bertegang urat mengatakan pandangan dia salah dan pandangan kita mesti betul.
Cuma, adab mengeluarkan pandangan mesti kena ikut. Memang sekeping gambar membawa seribu cerita, tapi tidaklah sampai cerita apa disebalik gambar yang kita tidak tahu. Biasanya cerita berdasarkan gambar adalah cerita visual. Apa yang kita nampak dan diterjemahkan. Bukan apa yang kita tidak nampak contohnya isi hati orang di dalam gambar tersebut.
Cikgu kita mengajar benda baik. Dia mengajar sampai nak keluar anak tekak supaya kita jadi manusia. Janganlah bila dah tua bangka, asas yang cuba disampaikan oleh cikgu senang-senang je dibuang. Terimalah pandangan orang walaupun tidak menyetujuinya seratus peratus. Dia ada hujjah dan kita juga ada hujjah. Asal tidak bercanggah dengan Al Quran dan Hadith cukuplah. Berlapang dada itu lebih baik.
Maknanya sejak kecik kita ajar pemikiran kritis dan kreatif, cuma tak nampak jer…hehe
Mmg bab karangan bergambar tu, macam2 citer boleh keluar…
Biasalah, masa tu kan kita kecik lagi. Tak mampu berfikir cam kita fikir sekarang.
masih kecil lagi tak paham sngt..haha
Dah besar ni kalau dapat paham pun bagus.
selalu terjadi kepada saya. Nak buat macam mana lagi cikgu, itu adalah fitrah manusia. Kita mahu orang lain dengar pendapat kita, kita mahu kita yang paling betul segala, walau pendapat orang lain betul, kita akan tetap pertahankan kebatilan. Terkadang terfikir juga, macam mana benda yang basic ini pun susah diubah. 🙂
kena banyak muhasabah diri. berlatih supaya dpt terima pendapat orang. rasanya tak kan jatuh kita kalau akui kesilapan. malahan ia disukai ramai. caya la.
teringat masa kat sekolah-sekolah dulu..
dulu dan kini masih di sekolah. tak jemu ke bro?
takpe. ramai gadis bertudung comel. haha..
Mmg suka buat karangan, tapi masa sek rendah je la. sek menengah dah tak berapa rajin nak merapu 😀
dengan karangan yg kita buat dulu tu la sekarang kita boleh jadi blogger.
dulu nak bina ayat pun saya nak meniru.
bila dah pandai.. saya pula ditiru
Tiru takpe, yang duplicate tu yang tak tahan. Ada banyak ke tulisan bro kena tiru? Ramai blogger yg dah terkena ni..
betul la bro..zaman kecik2 dulu…kita buat ayat berdasarkan gambar.tapi sekarang ni luahkan pula pendapat berdasarkan apa yang kita nampak..dan semua boleh terima apa yang kita nampak…pandangan orng berbeza…m
cikgu sy tak bawa buku sekolah heee..alu alasna bg bla keje umh tak siap haaa
cikgu2 juga ada berbagai gaya dan pendekatan
hormati pandangan orang lain walau tidak dapat menerimanya