Bismillahhirrahmanirrahim.
Isteri ialah amanah Allah. Teman dikala suka dan duka. Untuk disayangi dan dilindungi.
Apa tanggung jawab suami?
Bimbing isteri ke jalan yang benar.
Jalan yang benar tu macam mana? Macam jalan depan rumah atau macam highway?
Didik isteri untuk kembali kepada fitrah seorang insan. Kembali ke rahmatullah.
Isteri kita mungkin seorang rupawan. Didik dia untuk bersyukur dan menjaga kecantikannya.
Isteri kita mungkin seorang yang berbudi bahasa dan sopan santun. Didik dia untuk tidak merasa lebih dengan adab yang ada padanya.
Isteri kita mungkin seorang yang taat dan banyak membuat jasa. Didik dia untuk tidak menghitung sedikit pun apa yang pernah diberinya, apa lagi mengungkitnya.
Isteri kita mungkin seorang cerdik pandai dan warak. Didik dia untuk merasa masih terlalu banyak yang perlu dia pelajari walaupun dari seorang budak. Didik dia untuk sedar bahawa amalannya bukan cukup untuk membeli syurga.
Isteri kita mungkin seorang yang serba ada, pakej lengkap seorang muslimah. Didik dia untuk sedar diri bahawa semua itu bukan miliknya.
Berpesan dan berdoalah selalu agar isteri itu hidup dan menerima dirinya, diri kita seadanya. Berwasiatlah kepada isteri, “Janganlah kamu mensekutukan Allah. Tunaikanlah solat. Berbuatlah perkara yang baik. Jauhilah perkara mungkar. Moga-moga dengan izin Allah, kamu menjadi mukmin yang sejati.”
Kita sebagai imam kepada isteri, bawalah dia, pandulah dia untuk membinasakan keakuan yang ada. Binasakan keakuan. Apapun yang kita ada berserah dan pulang balik kepada Allah. Innalillah hiwainna ilaihirajiun.
blogger lelaki says
terbaik..bagus sekali pesanan ini..semoga kita dapat bimbing isteri kita tuk jadi isteri yg solehah
pahan says
betul tu kan.hehe
Fadhil Husin says
Ni sangat bagus untuk suami dan bakal suami juga. 😉
kakiblog says
sesuatu yang sangat baik dikongsikan..
Amar says
Tanggung jawab memimpin keluarga sangat berat. Ia bukan perkara jodoh semata-mata.
Hazmin Hamudin says
Isteri pun kena tahu jugak ni. Hehe. Baru dia tahu betapa beratnya tanggungjawab suami ni.
Amar says
Betul betul betul. 🙂
Bahrain says
harap2x nanti aku dapat isteri yang dapat mendengar kata suaminya..
Amar says
InsyaAllah. Tawakkaltu alallah.
ahmadyani says
Seperti buruk baik anak bergantung pada didikan ibubapa, begitulah buruk baik isteri bergantung pada didikan suami.
Amar says
Insaf tu. Iyalah… Kalau isteri mudah melenting mungkin sebab suami selalu beri tekanan. Lambat respond bila isteri minta tolong mandikan anak. Hehehe…
hafizmd says
Terbaik! Terima kasih cikgu utk peringatan ni
Isteri adalah amanah utk seornang suami. Sama2 perbetul diri utk menjadikan rumahtangga dalam rahmat Allah.
titan says
sayangilah isteri-isteri anda sekaliannn…
Cikgu Hairul says
Yeah.. bila mau kawin?
suami beristeri2 says
Ye sayangilah isteri mu atau isteri-isteri mu.
Tak mudah untuk kita jaga hati dan perasaan isteri atau isteri2 kita jika kita sendiri tak berusaha untuk melengkapi isteri atau isteri-isteri kita.
http://beristeridua.blogspot.my/
suami beristeri dua says
benar tu, memang susah nak jaga isteri atau isteri-isteri kita kalau kita sendiri pun tak sedia untuk melengkapi isteri dan isteri-isteri kita.
Maka, berusahalah dan jangan lihat kepada kekurangan kerana apa yang kita ada jika benar-benar di terokai insyaallah , beroleh kejayaan.
http://beristeridua.blogspot.my/2015/11/isteri-ke-suami-yag-kena-mengalah-ni.html