Assalamualaikum, wah.. sebulan saya tak menulis. Ini dah malas tahap gaban ni. Apapun terima kasih yang sudi cari maklumat dalam blog tak seberapa ni. Banyak juga yang mencari info dengan keyword gagal spm nak buat apa?. Hahahah, ramai ke yang kantoi spm tahun ni? Sabar je la dik.
Oleh kerana ramai yang mencari maklumat, saya terfikir ada baiknya saya tambahkan ciri keselamatan untuk pembaca blog ini. Idea ni pun terpacul selepas saya baca blog Yeop Maz pasal pemasangan SSL Certificate. Katanya dengan adanya SSL Certificate, blog kita lebih disayangi google.
Setelah menggodek hosting server, saya berjaya merealisasikan impian saya untuk mempunyai blog dengan sambungan SSL. Apa beza ada SSL dan tiada SSL ni? Okeh, cuba korang tengok di sebelah kiri web browser korang, kat atas tu ada satu lambang mangga warna hijau. Kalau di google chrome, akan keluar url warna hijau dan bertulis secure. Tapi kalau sambungan tak secure, warna tu bukan hijau. So, dengan kemunculan simbol selamat menandakan korang kini selamat membaca semua isi kandungan blog ini tanpa ada unsur-unsur penyekodengan… gituu..
Sebenarnya SSL Certificate ni ada yang berbayar dan percuma. Masalah yang percuma kita kena pandai install secara manual. Saya suka cari yang percuma sebab dapat banyak belajar banyak perkara. Kalau ada permintaan untuk saya buat tutorial, insyallah akan saya usahakan menulis step by step cara memasang SSL Certificate. Itu pun kalau ada yang nak baca. So, kalau korang nak tau, tinggalkan komen kat entry ni. Ada masa nanti saya akan tuliskan.
Okeh, kita tengok sapa yang berminat nanti. Selamat meninjau blog Cikguhairul..
Amar says
Selama ni masa kita baca blog, kita kena skodeng rupanya. Siapa yg baca blog cuma pakai tuala jer tu nasib la kan… tulis jer cikgu. Nanti senang kitorang nak buat bagi blog mesra google. Hehehe