Untunglah blogger yang menulis blog berniche politik. Banyak isu yang boleh diketengahkan mengikut fahaman politik masing-masing. Masa ni lah trafik mencanak. Lagi-lagi kalau isu yang ditulis panas.
Isu panas bertambah panas bila ditambah petrol. Api menjulang tinggi. Maka ramailah yang melontarkan komentar bak halilintar. Caci maki, dusta, fitnah langsung tak terbendung. Cerita yang sekecil hama pun akan menjadi sebesar gajah. Blogger sangat main peranan dalam hal ini.
Saya cuba mengingatkan diri sendiri juga untuk blogger yang terlajak ke sini. Jangan terikut rentak parti politik yang berkempen untuk parti mereka. Pasti dalam kempen ada unsur-unsur yang saya nyatakan di atas. Ambil langkah selamat, jangan menulis isu politik yang sedang panas kalau tak cukup ilmu untuk menangkis. Para ekstrimis parti berada di mana-mana. Mereka kalau tak boleh menang dalam hujah, senjata maki akan digunakan. Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, tak payah ulas isu tersebut. Senang cerita.
sokong dengan cikgu.. ramai dalam kalangan kita kalau dah berhujah pasal politik tak fikir apa dah.. dendam kesumat suma keluar.. nafsu menguasai fikiran.. entah yang baik dan buruk terkadang tidak dapat dibezakan lagi.. berhujah seperti tahu semua perkara, baik yang tersurat mahupun tersirat..
Apalah yang mampu mereka fikirkan tentang perasaan orang kan. Syaitan sangat suka orang2 camni. Mungkin juga kalau tetiba penulis tu boleh muncul kat skrin komputernya akan dipukul komputer tu sampai hancur.
mcm ni ker cikgu..? lol!
http://www.youtube.com/watch?v=UbCW7VIIH1s
terbaik la bro video nih.. thanks sharing.
peringatan yg bagus ni..klu masuk blog politik memang tak tau nak ckp apa..sini kata sana..sana kata sini..adoi pening..senang citer tak puas hati, p trun mengundi..hehehe
itu yang sebaiknya. pegi je mengundi. tak payah nak caci maki bagi. elok-elok pahala kita satu kontena, sebab maki orang dah tinggal satu baldi je. rugi-rugi…
bahang PRU 13 mmg dah terasa. as blogger pada sy perlu neutral. walau sokong mana2 pihak x leh tunjuk sgt..yg penting, berita yg di bawa itu benar..jgn yg x benar pun diwar2kan juga..
pada saya tak salah nak kemukakan pandangannya kalaupun ia cenderung ke parti mana sekalipun kalau sememangnya itu memang blog berniche politik tak pe. tapi blog yang tidak berniche politik agak sukar diterima kerana pembacanya terdiri dari pelbagai penyokong. kebenaran itu wajib jadi asas pegangan semua blogger tak kiralah apa niche sekalipun.
btul2..trafik mmg tggi tp slap2 haribulan kne saman x memasal je..huhu
saman satu hal, dosa pun satu hal juga.
dunia politik makin rancak menjelang PRU 🙂
serancak itu jugalah syaitan cucuk jarum.. waspada selalu.
apa yang aku paling takutkan ialah kalau kena saman, oleh itu aku tidak minat tulis politik ini dan segala entri berkaitan politik juga aku dah buang
saman menyaman ni dah tentu ada, lagi-lagi musim panas sekarang. silap haribulan, perkara yang betul pun boleh kena saman. betul pada kita, tak semestinya betul pada orang lain kan..
tak berapa minat dgn isu politik…
tak berapa minat tak pe. kena juga ambil tahu sikit-sikit. takut nanti tersalah pilih.
tulis pasal politik ni kena hati2.. takut jd fitnah
sedih jugak.. ramai yang tak heran dengan fitnah sedangkan ia sesuatu yang nabi tak suka.
PokCIk sokong Cikgu…..musim sekarang ini macam-macam cerita keluar…..Sampai yang tak logik pun ada….beragak-agak sikit nak sampaikan maklumat pun…..politik-politik jugak tapi jangan sampai kerana entry kita yang belum tentu benar itu menjadi satu tiket dosa untuk kita selamanya…..
Tergamak mereka cerita benda tak logik tu kan? Entah mana etika penulisan dia agaknya..
setuju.. kalau boleh kena elakkan topik ni dalam penulisan blog
Beringat sebelum kejadian tiadak diingini berlaku. Itu yg sebaiknya.
secara mudah, jangan cari pasal. kang kena, naya dibuatnya.
Assalamualaikum cikgu , anak murid melaporkan diri kt sini 🙂 hehe . i’m 100% agree with statement cikgu . Jgn disebabkn taksub dgn trafik menaik , smpai maruah bangsa, agama ,n negara tercemar 🙂 Salam Jumaat !
Waalaikumsalam Ecah..