Hari ni macam tak ada apa nak buat. Boring, bosan. Kadang-kadang pelik juga alasan bosan yang diungkapkan. Padahal banyak aktiviti boleh dibuat. Zaman sekarang ni semuanya ada, tapi peliknya boleh pulak kata boring.. kedush!! tampar kepala sendiri.
Dah penat jogging dan berbasikal pagi tadi, saya mandi-manda dulu sebelum membuang perasaan boring yang sangat pelik ni. Apa lagi, aktiviti blogwalking la. Saja memeriahkan dunia blogging. Kalau tak sunyi sepi je kan dunia blogging tanpa pengunjung.
Saya nak ajak semua orang masuk bloglist Santai Leeza. Biar senang sikit dia nak terjah blog kita. Blog Santai Leeza pernah tersenarai dalam pengomen tegar blog ni bulan lepas tau. Dia rajin buat kunjungan. So kalau nak kak leeza berkunjung ke blog kalian, jom letakkan link blog kita dalam blog dia. Jom terjah dengan klik header comel dia.
Sambil-sambil tu, kalau tak rugi kalau kalian letakkan link kalian dalam senarai sahabat saya. Kan mudah nak terjah. Kalaupun tak setiap hari, seminggu sekali tu dah tentu. Oklah, tak mau la tulis apa-apa lagi. Jom terjah blog Santai Leeza sekarang.
ayuh kita terjah hehehe
Jom sama2 kita meriahkannya
Terima kasih….. terima kasih sih!!!
wahh..siapakah leeza ni? dia suka makan cendol tak?
Hehehe.. Seorang cikgu. Tanya la sondili..
hoho cikgu jugak ek..:)
wah..semakin ramai blogger di kalangan cikgu
Adoi, kenapa tetiba pasal cendol ni…..
titan, kalau tak dikaitkan ngan cendol memang tak sah.
titan nak belanja cikgu cendol banting…eheh
Boleh juga join ni..x pnah join blog list ni..hehe
g la senaraikan dlm bloglist cik leeza. hehe
Wah, ini sudah kira promosi ni. Bertuah jugak la si leeza tu ye. Cam ade pape je:)
haaaaaaaaaaaaaa…. amboi… mana ada apa2.. sekadar rakan blog jer tau…..
ok ni untuk pemilik blog. sibuk pula leeza ni dok membalas komen komentor kat sini. haaaaaaaaaaaa…..
TERIMA KASIH tak terhingga erk sbb promote blog santai leeza….. tunggu masa leeza promote sini plak..
hehe.. sama2.
Aktiviti semasa bosan yang sering saya lakukan dahulu ialah mencuci pakaian!
cuci pakaian? sekarang pun buat juga bro. tapi mesin basuh la yg cuci. saya cuma masukkan kain ngan sabun je.
salam cikgu. baru dpt singgah blog cikgu.
@ anif.. aktiviti bosan dah tahap melampau dh tuh.
Wslm, terima kasih sebab sudi singgah.
Dah join santai Leeza, thanks cikgu Hairul tak pernah join bloglist lagi..
sedialah menerima kunjungan cik leeza. 🙂
cantik hedar blog leeza ni…
secantik tuannya.. heheh
haa tau bini nanti naya..hahaha
Errr….
macam best..kena sertai ni!
sila la masuk.. tambah kawan.
Salam. Lama tak mengunjungi blog ni…Dah jauh berubah. Blog kak Ani juga yang masih macam dolu2…isy3! Tapi, datanglah melawat juga ya cikgu Khairul ke http://cikguanibp.blogspot.com/2012/06/buah-kiwi-atau-kiwi-kasut.html…he2!
Menarik. Nak join jugak lah. Hehehe