Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Boikot israel

Boikot israel

11 July 2014 by admin

Bismillahhirrahmanirrahim.

Riuh di Twitter nak boikot barangan israel sebab depa duk bedil Gaza. Sebulan dua ja, lepas tu beli balik. Biasalah tu. Bukan nak kondem tapi nak bagi cadangan cara yang lebih berkesan.

Boikot barangan tu elok dah tapi pada-pada lah sebab banyak barang kita tak buat sendiri. Lagu mana nak boikot lama-lama. Sayu ja tengok orang kunyah Cadbury. Jadi apa patut kita buat?

1. Kekuatan israel ialah pada cengkaman ekonomi. Saya maksudkan BANK komer-sial. Riba itulah kuncinya. Perniagaan barangan tu ialah sampingannya saja.

2. Bagi yang dah terjebak dengan hutang bank tu, pelan-pelan selesaikan. Jangan tambah hutang. Dah selesai hutang tu esok-esok, sudah. Jangan duk gatai tambah lagi.

3. Nak lemahkan israel, lemahkan institusi perbankan. Bukan bawak keluar semua duit dari akaun. Bukan lagu tu. Duit dalam bank tu bila ada kesempatan tukar ke bentuk barang emas atau tanah, tukar. Beli tanah luas sikit dari kangkang kera di kampung pun takpa dah. Toksah duk lungguk ratus ribu dlm bank. Kalau nak beli emas, beli kat kedai. Bon emas di bank tu mengarut, tak capai maksud.

4. Duit lebihan yang lain buleh simpan dlm masyarakat dlm bentuk bantuan kepada saudara-mara dan kawan-kawan.

5. Idea beli rumah juta-juta dengan hutang bank tu bagi yang pandai meniaga silakan. Bagi yang kurang faham tu, elakkan. Jangan duk meradon dengan benda yang kita tak berapa reti. Utamakan menguasai tanah berbanding rumah. Ni cerita utk muslim yang berduit lah. Muslim yang meskin tu baca ja lah dulu.

6. Kesan tindakan ortodox ni akan lemahkan bank dan depa akan tawarkan balik sesuatu untuk tarik minat orang awam untuk berurusan dgn bank. Buat loan lama-lama atau kadar riba yang rendah sikit. Pi jahanamlah depa nak buat apa pun. Yang penting komited selesaikan hutang dengan bank. Duit simpanan dlm bank jejak ja jumlah yang buleh beli tanah muat petak rumah di kampung, draw duit tu beli tanah.

7. Boikot berterusan camni baru israel takut. Manchuria pun takut jugak.

Nak kondem, kondemlah. Tapi pikiaq balik, ada dak betoinya. Wallahhu a’lam.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. TehR says

    12 July 2014 at 00:06

    bab hutang bank tu aku setuju
    tak payah la pasang cita2 nak tambah hutang

    Reply
  2. titan says

    12 July 2014 at 17:46

    betul..kalau boleh..jangan la berhutang..

    sakit woo nak membayarnya..

    Reply
  3. Amar says

    12 July 2014 at 17:56

    Nabi dah berpesan lama dulu, elaklah berhutang.

    Reply
  4. amirulfaiz says

    13 July 2014 at 11:00

    Memerlukan hati yang betul-betul kuat nak melaksanakan boikot ini dalam jangka masa yang panjang.

    Reply
    • Amar says

      18 July 2014 at 14:48

      Betul tu. Berjuang memang tak pernah mudah.

      Reply
  5. Raihanah Ahmad says

    14 July 2014 at 14:50

    setuju juga pasal bank tu. tq

    Reply
  6. yeen says

    15 July 2014 at 01:03

    Aduh.. baru je beli kete baru.. nyesal plak 🙁

    Reply
  7. Donlot says

    16 July 2014 at 05:43

    sokong boikot israel

    Reply
  8. rokiah says

    27 July 2014 at 13:16

    kita boikot barang2 yang menyokong zionis israel..boikot mesti berterusan dan bukan bermusim

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in