Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / BR1M, Antara Layak Dan Maruah

BR1M, Antara Layak Dan Maruah

25 December 2013 by admin

BR1M telah kembali. Jaguh berkokok mencanang seluruh alam tanda makanan sudah disua. Tinggal mahu memagut sesuka hatinya. Namun ada perkiraan yang perlu dibuat bagi memagut sejemput makanan itu. Tidak semua layak menerima. Tidak semua wajib menerima.

Perut masih kenyang. Sisa makanan semalam jua belum terbuang. Datang pula makanan baru. Owh.. besarnya Rahmat Tuhan. Kepak dikibas lalu berkokok tanda bersyukur. Sambil-sambil menyapa jiran terdampar kekenyangan di perdu ketapang depan rumah, sudahkah buat permohonan?

Maka riuhlah ayam sekampung lantaran ada pihak bermurah hati menabur jagung di atas padang. Yang capik datang bertongkat, yang lumpuh datang mengesot, yang buncit datang memboyot. Semuanya demi sehelai kertas bertulis BR1M.

Ayam jaguh berkokok
Berkokok.. BR1M, BR1M, BR1M..

Begitupun ada segolongan ayam sabung gagah perkasa berdebat sesama sendiri. “Engkau tak layak terima ni Guh. Kau ada kaki bertaji, kepak engkau masih kuat, cakar engkau masih mampu mengais untuk mencari seekor ulat”. “Ahh aku peduli apa. Itu hak aku. Duit dari aku. Semua ayam-ayam layak dapat jagung itu. Kenapa nak bezakan aku dengan yang lain? Mana keadilan yang dilaung-laungkan?”

Tak mengapa la Goh.. Aku insafi diri ini. Walaupun layak, namun masih ramai yang terlalu layak untuk menerima jagung yang ditabur itu. Biarlah aku gunakan cakar yang ada untuk mengais selagi mampu. Selagi cakar aku ini berfungsi, biarlah jagung yang ditabur itu diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Aku tidak sanggup mengkhianati mereka. Aku punya segala, walau hanya cukup-cukup untuk aku bertahan sehingga petang nanti, namun aku cukup bersuyukur. Aku tidak mahu menjadi golongan yang meminta-minta.

Goh terdiam, mungkin sedang menghadam kata-kataku sebentar tadi. Aku bukan sombong, tapi aku memikirkan antara Layak dan Maruah, mana yang perlu aku pertahankan. Cukuplah Goh.. pergilah isi borang. Kang jagung yang ditabur habis dipagut si Ayam Turki pulak.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. titan says

    25 December 2013 at 08:25

    tu salah satu sebab aku tak apply menda ni. sebab aku yakin ada ramai lagi layak.

    Reply
    • Zuan says

      25 December 2013 at 09:26

      salut ^^

      Reply
    • Amran says

      25 December 2013 at 10:35

      terbaik bro.. pikir orang lain. in sya allah orang akan pikir tentang kita juga nanti bila perlu.

      Reply
  2. Bahrain says

    25 December 2013 at 12:57

    aku tak pernah aplly BR1M.. takde mood..haha

    Reply
    • Amran says

      25 December 2013 at 13:39

      Bagus bagus.. Ramai lg yg layak dan memerlukan.

      Reply
  3. Denaihati says

    25 December 2013 at 14:14

    bagi yang rasa tak layak, tak perlu isi boranglah. yang layak jangan malu-malu dan isi borang sebaiknya.

    Reply
    • Amran says

      25 December 2013 at 15:42

      Ada juga yg tak layak tapi cuba utk rasa layak. Saya dah jumpa org camtu.. kesian dia.. nasihat pun tak jalan gak.

      Reply
  4. blogger lelaki says

    25 December 2013 at 16:23

    kalau betul2 layak isi je..tak salah pun ambil duit tu..rezeki kan…yang tak best bila orang yang tak layak siap menipu lagi isi borang tuk dapatkannya

    Reply
    • Amran says

      27 December 2013 at 11:10

      kalau layak pun, tapi terasa tak layak sebab nak bagi kat orang yang benar2 layak pun lagi bagus kan ๐Ÿ™‚

      Reply
  5. Amar says

    25 December 2013 at 18:58

    Itulah resam ayam. Dulu masa tolong mak beri ayam makan di reban, saya lihat ayam jantan galak lah yang dapat makan dulu. Ayam ibu dan ayam anak kalau rebut juga akan dipatuk. Ayam ibu dan ayam anak dapat makan juga. Tapi selepas ayam galak kenyang dengan temolok yang cekang.

    Reply
    • Amran says

      27 December 2013 at 11:32

      itu yg paling ditakuti. pantang lepa.

      Reply
  6. cik amal says

    25 December 2013 at 22:49

    suka entry ni, kiasan gitu.. siapa yang layak, better g isi…rezekii…mane boleh tampung, tampung ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Amran says

      25 December 2013 at 22:57

      kalau layak dan kita memerlukan, isilah.. tiada paksaan dan dibolehkan. tapi sebaiknya berilah kepada mereka yang lebih memerlukan kan.. Selamat datang ke blog ni cik amal.

      Reply
  7. kakiblog says

    26 December 2013 at 06:52

    pengalaman untuk dapatkan duit BR1M bukan mudah..terpaksa beratur panjang..kalau boleh sepanjang yang boleh untuk dapat kupon..
    bila dah dapat kupon beratur lagi dengan lebih panjang untuk cash out kupon….
    apa-apapun kerana masih tak mampu digagahi juga dalam arus perdana

    ps: saya suka bahasa yang bro guna dalam entri ini..

    Reply
    • Amran says

      27 December 2013 at 11:11

      kalau masih tak mampu, dipersilakan ambil dengan senang hati. mudah-mudahan lepas ni hidup lebih senang dan diberkati.

      Reply
  8. Mus says

    26 December 2013 at 10:36

    amat mendalam maksud entri ini.. terbaik cikgu!

    Reply
    • Amran says

      27 December 2013 at 11:12

      Hoh.. takde mendalamnye bro Mus.. biasa-biasa je. luahan dari lubuk hati yg paling dalam.. ceewahh..

      Reply
  9. Hafizul says

    26 December 2013 at 15:25

    Itulah yang terbaik bro..selagi mampu, kita usaha..

    Reply
    • Amran says

      27 December 2013 at 11:13

      insyallah.. mudah-mudahan Allah kurniakan kita tenaga dan keupayaan untuk mencari rezeki dan hidup tak meminta-minta.

      Reply
  10. TehR says

    26 December 2013 at 16:41

    ikut syarat je
    siapa layak boleh ambil
    siapa tak layak jangan menipu

    Reply
    • Amran says

      27 December 2013 at 11:20

      syarat.. ini perjanjian bersyarat maknanya? hahaha. sendiri mau ingat.

      Reply
  11. sobri says

    26 December 2013 at 19:04

    ok..memng mendalam maksudnya.. senang saja..siap2 boleh ambil..memng hak rakyat…
    kalau lpas syarat.. ditetapkan..x de masalah nak ambik.. x kisah la haluan mana pun ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Amran says

      27 December 2013 at 11:27

      hahha… takde la dalam mana bro. sekadar bebel dari lubuk hati.

      Reply
  12. muja says

    29 December 2013 at 01:59

    muja mmg tak layak sebab bakal terima baucer buku,, mengais lepas ni,, huhuu

    Reply
    • Amran says

      29 December 2013 at 05:49

      Dah dpt satu bahagian.. Takpe, muja student lagi kannn..:)

      Reply
  13. suri says

    4 January 2014 at 23:34

    mereka tak kira tapi masih nak sapu jugalah. kita diam sahajalah nanti panjang pula cerita.wahualam.

    Reply
  14. Manan Qayyim says

    10 January 2014 at 22:33

    yang layak apply la… jgn segan… itu bahagian die….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in