Persiapan raya tengah dibuat. Aku tukang buat ketupat and my wife masak rendang. So simple untuk juadah raya esok. Kalau kat kampung mesti mak buat ketupat dengan lepat pulut. My favourate kuih loo. Aku tak reti nak buat lepat, so tak de la aku buat. Waaaa… Nak balik…
Aksi orang buat ketupat tu ok tak? Hehehe. Inilah ilmu warisan Ayahnda. Alhamdulillah reti juga aku buat ketupat. Tak tau la apa jadi kalau dah masak nanti. Tiga keputusan yang biasa terjadi bila masak ketupat. Pertamanya ketupat jadi elok, terkeluar dari sarung dan lembik. Kalau ketupat tu masak dan terkeluar dari celah anyaman maknanya beras terlebih. Kadar sukatan yang disarankan ialah kurang dari separuh. Kalau lembik tu maknanya tak cukup masak lagi. Kadang-kadang jenis beras pun boleh jadi lembik juga.
Camnila orang yang tak balik raya. Nak harapkan kedai makan untuk sesuap nasi di pagi raya sudah semestinya tak jumpa. KFC dan Mc-D pun bukak tengahari. Pernah dulu masa bujang tak makan dihari raya aidiladha pertam sebab takde kedai bukak. Pe lagi, stok meggi la.
Ehh.. Korang kat kampung dah ke? Ada bakar lemang tak? Nak sebagang boleh? Hehehe.
Mejuez says
Saya ni memang tak reti nak buat ketupat.. nak anyam pun fail.. huhhuhu
Cikgu Hairul says
Sekarang ketupat segera pun banyak. Tak reti menganyam pun tak pe.
Pacifista says
aku sampai sekarang tak reti2 ngayam ketupat.huhu…jahilnya… :p
Cikgu Hairul says
Ala.. ketupat segera kan ada.
Norhayati Rostam says
Ohoh.
Saya konon menganyam ketupat bawang, jadi ketupat lain.
Tak jumpa punca.
Ketupat palas pun tak lepas.
Dok jadi cawat je ha.
Bising ke nenek, toksey wat dah.
hee~
Erm..cikgu tolong tengok semula entry yang cikgu komen ye.
Saya nak pastikan betul ke ayat yang saya jumpa tu.
Terima kasih.
Cikgu Hairul says
Hehehe.. Ketupat palas mak je reti.
Ayat yg mana tu?
Norhayati Rostam says
pada comment di entri terbaru ni.
pasal hilang barang.
Kan cikgu ada komen.
kyrul says
dari dulu lagi saya try buad ketupat,tak jadi jadi
Cikgu Hairul says
Kena masuk kelas menganyam kot.. Hehehe
Juan says
aku pon raya x balik, kedai melayu xder pon yg bukak, nak nangis pon ader, nasib baik ader org jual lemang ngan rendang, dpt la makan makanan khas raya
Cikgu Hairul says
Raya aji banyak lagi kedai bukak.. Raya aidilfitri tu yg sakit. Mc d pun bukak tengahari..
surihati_ku says
huhu..saya juga yg tak tahu nak anyam ketpat huhu…
Cikgu Hairul says
Belajar la kak.. hheh. Tapi bukan satu keperluan pun untuk mempunyai ilmu menganyam ketupat ni. Ilmu fardu Kifayah je. Orang lain dah tau, kita dah terlepas.
Izwan says
saya adik beradik semua reti buat ketupat tapi saya paling malas nak anyam.. haha..
selain ketupat,kami buat lepat.. tradisi keluarga sejak arwah atuk lagi..
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah, ada juga yang reti menganyam.Lepat cuma mak je yang reti. Saya belum mencuba lagi.
tehr says
tak pernah reti nak anyam ketupat
dari dulu sampai sekarang ni, reti makan je
hehe
Cikgu Hairul says
Ok la tu.
Ayieblog says
Assalamualaikum.
Jarang nak jumpa orang sekarang yang pandai anyam ketupat
Cikgu Hairul says
Wslm.. Jarang jumpa tapi masih ada kan..
shah blogger says
Wahhh meriah nya bro. Suasan kerja macam ni pun sedikit sebanyak menggamit keindahan hari mulia dgn keluarga tercinta sambil melakukan ibadah.. anyway aku x balik kampung , nasib kami di surau ada buat qurban 🙂 .
Cikgu Hairul says
daging korban kat umah aku tak abis lagi.
simanis says
saya tak pandai anyam ketupat…
pandai makan je…haha…
Cikgu Hairul says
ramai yang cam tu. hehehe
aimannajmy says
hehe sy tahu buat ketupat daun palas saje hehe