Saya bukanlah seorang pakar ekonomi. Hutang pun banyak, gaji pun hanya cukup untuk diri dan keluarga. Tapi saya nak juga cerita pasal pengurusan kewangan. Bukannya apa, saya takut lupa je apa yang saya dapat grab dari siri ceramah motivasi pagi oleh Pn Hajjah Rohani di KLFM setiap Selasa pagi.
Anda Tidak Pernah Cukup Wang? Barangkali anda perlu pertimbangkan soal berkat.
Semak-semak poket sendiri. Adakah itu yang kita alami setiap bulan. Bekerja siang dan malam bagai nak terkeluar bijik mata, namun kita sentiasa rasa tak cukup. Mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan kita. Koreksi diri.. cubalah cari keberkatan pulak.
Dalam mengejar harta dunia, ada kalanya kita terlibat dengan unsur-unsur yang menjadikan pendapatan kita tidak diberkati.
Sekali lagi semak diri. Pernahkah kita culas dalam tugas? Selalu curi tulang? Suka menangguh kerja? Missing in action? Guna barang office untuk kepentingan peribadi?
Persoalan itu perlu dijawab dengan jujur. Tiada kompromi dalam urusan keberkatan. Silap langkah memang kita akan rasa tak cukup sampai bila-bila.
Selaluh berdoa agar diberikan oleh Allah rezeki yang cukup. Itu pun sudah memadai. Nak harta yang lebih pun bukan boleh bawak mati.
Di sini saya nak cadangkan dua buah buku untuk kita baca. Tambah ilmu untuk mengurus duit yang kita cari macam nak mati setiap hari. Harap-harap buku ni bermanafaat buat kita semua.
Irsah says
Sejujurnya belom pernah lagi sifat2 buruk di pejabat cikgu nyatakan telah dibuat.. sehinggalah kini, bila bekerja sendiri, masih cuba untuk mengekalkan prestasi. Namun pengurusan kewangan jika bekerja (dgn orang) lebih mudah sedikit dari menguruskan kewangan apabila kita bekerja sendiri.. namun masih lagi mencari resepi terbaik bagi memudahkan urusan harian.. arap bahan ilmiah sebegini dapat memberikan inspirasi… mana lah tahu mungkin ada yg terlepas pandang.. tks share…
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah, semoga terus berkekalan dan terus berjaya.
Bekerja sendiri mengajar kita benar2 bertawakkal kepada Allah. Yakin bahawa rezeki datangnya dari Allah.
Pengurusan wang yang baik datang hanya melalui kesedaran. Apa pun kerjanya, tanpa kesedaran pasti akan kopak juga hujung bulan.
Mak Lagenda says
Ya..mak caya soal keberkatan rezeki kita tu mmg sgt2 berkait rapat dgn kewangan kita. Jng kedekut, jgn berkira, kluarkan zakat..in sha allah rezeki akan bertambah berkat. Biar sikit tp berkat..jgn bnyk tp x berkat.
🙂
Cikgu Hairul says
Kita ni selalu terlepas pandang pasal keberkatan.. Sedar bila hutang dah keliling pinggang tapi masih juga tak cukup2.
TehR says
cukup bukan bergantung pada kuantiti
tapi berkait rapat dengan kualiti
rezeki yang berkat memang keperluan utama
Cikgu Hairul says
Saya setuju dengan cikgu. Berkat = kualiti kerja.
suri says
ini masalah kita sering gagal dlm pengurusan wang. klu dpt habis sekelip mata
hafiz says
memang kena buat rujukan bab2 pengurusan kewangan ni..
Aya says
terima kasih untuk info ni.. bagi Aya, kita kena selalu gak bersedekah untuk mendapat keberkatan dalam kewangan kita.. 🙂 . Jangan menjadi orang yang kedekut..