Pejam celik, pejam celik hari ni dah raya ke 7. Seminggu raya tak terasa sangat. Masa seminggu puasa haritu terasa sangat lambatnya. Banyak aktiviti dapat dibuat bila perut lapar. Rupa-rupanya aktiviti makan ni la yang menyebabkan kita jadi malas nak buat itu ini.
Sebulan juga saya tak bersungguh jenguk blog ni. Ada la jenguk sikit-sikit. Memang azam haritu nak kurangkan berblogging dibulan puasa. Akhirnya berjaya juga. Tapi rasa sedih sikit sebab habis trafik merundum. Bukan tu aja, macam-macam setting kat server bercelaru. Agaknya owner server pun malas nak tengok-tengok kot. Sekarang ni theme aritu dah tak boleh guna. So, terpaksa la guna defult theme. Syukur masih boleh menulis dengan platform ini. Kalau tak, nak menulis entry pun tak boleh. Upload gambar pun fail. Tension beb.. tak dapat la nak update entry selphy raya. hehehe..
Kita kat Malaysia beraya sakan. Saudara kita di Gaza apa macam? Harap-harap kita masih ingat pada mereka. Sebulan dah mereka kena bantai. Sampai dah tak tinggal apa dah pada mereka lagi. Kalau kita masih mampu berselfy lagi sambil buat selphy paling pelik memang tak tau la nak cakap apa. Berpada-pada dalam bergembira. Itu je yang nak saya ingatkan.
Semalam juga ada perhimpunan di Dataran Merdeka bagi menyokong Gaza. Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai “Tindakan Bunyi Bising Yang Tidak Bermanafaat”. Apa pun tanggapan orang, kita buat part kita. Mana yang termampu kita buat, kita buat. Jangan sampai kita kelu tak terkata bila ditanya oleh Allah nanti.
Memang banyak yang nak diupdate untuk tatapan sendiri dan kengkawan. Tapi rasanya biarlah update itu terus dari yang berautoriti. Kita cuma luah-luah je apa yang terbuku dalam hati.
Oklah, jumpa lagi next entry. Ni cuma pembuka bicara lepas lama menyepi. 🙂
Dah kembali kepada theme asal dah ni.
Itulah.. ada jugak yang kritik pasal perhimpunan tu. Katanya tak mendatangkan faedah. Orang macam ni pun ada ke.
Nak wat camna, tetiba theme lama bermasalah lepas wp auto update.
Orang camtu ikut telunjuk yahudi. Nak bengang lebih2 kang tak blh masuk mekah buat haji plak.
yap.
memang pantas. terasa sekejap aje masa berlalu.
Banyak sangat aktiviti. Tu yang terasa sangat pantas masa berlalu. Raya 1-5 dah tentu tak terasa. Pastu dah sekolah.. Memang sekejap la.
sedar usia makin meningkat harap dosa lama pada rakan ibu sanak saudara di tabur dengan keikhlas masa nilah nak kumpul amal banyak bukan setakat suka2 sahaja sambut raya