Bismillahhirrahmanirrahim.
Pernah suatu masa dulu disebabkan lubang sekuriti dalam iPhone terdedah maka iOS 4.2.1 dapat di-jailbreak dengan mudah. Hanya dengan menggunakan Safari. Lawati laman web jailbreakme, ikut arahan mudah sampai siap. Semudah satu dua tiga.
Kemudian, Apple ketatkan kawalan. Kali ni kena lagi. Dengan menggunakan Safari juga. Lawati web emu4ios.net dan ikuti langkah mudah. Cuma yang ini bukan jailbreak. Tapi masih dapat install app yang tak ada di App Store.
Buat masa ni Emu4iOS Store hanya ada beberapa app sahaja. Walau bagaimanapun itu menunjukkan kawalan Apple supaya semua app mesti dibeli dari App Store sudah tidak lagi terkawal.
Apa yang menarik ialah Emu4iOS Store menawarkan app iRec secara percuma. iRec ialah satu app yang boleh merakam skrin iPhone ke fail video. Cukup mudah kalau nak buat tutorial. Cikgu Hairul tentu suka.
Bagi keperluan saya pula ialah iRec dapat betulkan pepijat #iPhoneNoSound yang ditinggalkan Apple. Mungkin kerana hanya melibatkan pengguna iPhone 4 dan iPhone 4S, maka Apple abaikan saja taiknya di situ. iRec muncul sebagai tukang cucinya. “Thanks” Apple.
Raihanah Ahmad says
good info cikgu dan terima kasih
Amar says
Sama-sama.
TehR says
rupanya ada juga kesilapan yang dilakukan apple
hehe
Amar says
Ada. Mereka juga manusia. Hehe