1CARE ialah satu bentuk penstrukturan semula sistem kesihatan di Malaysia agar lebih responsif dan terbaik bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat. Matlamatnya untuk menstruktur semula. Ini cuma cadangan dari pihak kerajaan. Belum dilaksanakan lagi.
1Care is restructured national health system that is responsive and provides choice of quality health care, ensuring universal coverage for health care needs of population based on solidarity and equity
Cakap-cakap politik pulak mengatakan ini cumalah satu program untuk memungut cukai secara paksa daripada rakyat. Ada juga yang cakap ia satu bentuk penswastaan sistem kesihatan kita. Ramai juga tak bersetuju, dan tak kurang pula yang menyokong. Aku pemerhati je..
Aku melihat 1CARE ini dari kaca mata seorang rakyat biasa. Cadangan menambahbaik sistem kesihatan yang ada itu bagus. Tapi apa tak bagusnya sistem kesihatan yang ada?
1CARE aku lihat cumalah satu gergasi Insurans yang akan menguasai sistem kesihatan kita. Siapa di belakang tabir 1CARE? Semalam laporan sebuah stesen TV mengulas 1CARE panjang lebar. Ada juga kebenarannya. Kesimpulan ulasan itu mengatakan kita jangan cepat menolak apa yang kerajaan cadangkan. Kalau untuk kesejahteraan rakyat terima je la.
Aku sependapat dengan pandangan si pencadang 1CARE ini. Rakyat tak akan menerima jika 1CARE melibatkan pengeluaran wang poket mereka sendiri tak kira samada jumlahnya besar atau kecil. Pengeluaran wang saku sendiri dianggap sebagai satu bebanan tambahan. Dengan harga barangan yang semakin naik, penambahan perbelanjaan sedikit juga memberi impak besar kepada kita.
Persoalannya siapakah yang akan membiayai perbelanjaan 1CARE ini? Kalau pun duit pembayar cukai dijadikan taruhan, tak bermakna bukan kita yang membayar.
Pendapat peribadi aku, 1CARE boleh diimplimentasikan. Rakyat boleh dikenakan bayaran contohnya RM30 sebulan untuk belanja kesihatan. Tapi.. Tutup semua syarikat insurans yang bermaharajalela sekarang mencari mangsanya. Patutlah terlalu ramai promoter menelefon menawarkan produk insurans mereka. Rupanya mereka dah tau ada Gergasi Insurans akan mengambil alih mangsa mereka.
Kalau betul lah 1CARE ini menjadi kenyataan, aku harapkan ianya bukan cuma janji politik. Ia jangan dijadikan umpan. Ada juga baiknya kerajaan mengambilalih 3 entiti penting negara, Kesihatan, Perbankkan dan Pembekalan Air. Maknanya tiada penswastaan kepada 3 entiti ini. Ini bagi mengelakkan dari orang tertentu mengaut laba.
Apapun kita tunggu je keputusan dibuat. Jangan terus menolak tapi nilai dulu buruk dan baiknya kepada kita. Bukan untuk orang lain, untuk kita juga.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh download slide presentation 1CARE ini di sini. Klik kanan dan save link as.. [DOWNLOAD 1CARE]
auc dot com says
kalau dia tidak membeban rakyat teruskan
tapi kalau ada agenda disebaliknya
pasti rakyat jadi taruhan
Cikgu Hairul says
Harap-harap ianya baik untuk kita semua. Cuma mampu berharap.
shraqs says
Nampak gayanya ACTA (Anti-Counterfeiting Trade Agreement)dah mula nak mencucuk jarum ni. Msia memang salah sebuah negara peserta ACTA dan pelobi utama tak lain & tak bukan US seperti biasa. Kalau di Eropah dah ramai yang menentang ACTA ni, dahla mesyuarat buat di Los Angeles tempoh hari diorang buat scr rahsia, bulan Mac nanti buat di Australia plak. Aktivis dah siap sedia utk buat demo. Pendapat peribadi, camana nak jadikan US sbg cth dr aspek kesihatan, negara diorang sendiri cth penjagaan kesihatan yg paling teruk… kita tunggu dan lihat camana diorang buat nanti… harap2nya jangan plak pihak kerajaan tipu rakyat sebagaimana terjadi di US dulu,.. sampai sekarang tak dapat dibetulkan…
Cikgu Hairul says
Tunggu dan lihat. Masih dalam cadangan. Kalau ada bantahan mereka akan kaji semula.
azura says
kalau kes serius hospital swasta tetap hantar kat hospital kerajaan…who cara 1care…
Cikgu Hairul says
Aik.. kan hospital swasta ada pakar.. napa tak mereka buat sendiri?
suri says
naik pening mikir hal mereka huhu. apa dia nak buat lagi pas ni he…
Cikgu Hairul says
Mestilah mereka akan buat supaya jadi “winwin situation”. Hahaha
titan says
aku pun tak faham lagi bab icareni. so,aku download dulu.
Cikgu Hairul says
Download dan baca ye.
adamfaiz says
Jangan 1Care jadi I don’t care sudahlah…
Cikgu Hairul says
Bila dah jadi i dont care tu memang masalah besar dah tu.. Hehe
fakhruddin says
mmm…boleh gak tau ni..nak download la..
Cikgu Hairul says
Dah download baca ye..
obat tradisional darah tinnggi says
wahh ini sangatlah menarik ..thank untuk informasi_Nya…
Cikgu Hairul says
Sama-sama
obat tradisional darah tinnggi says
ini sangat bermanfaat bagi saya ..yang nati_nya saya akan pelajari,
trimakasih untuk informasinya…
Cikgu Hairul says
Sama2.
Jebeng Otai says
boleh ker kerajan mengambilalih entiti perbankkan..??..menarik jugak tu
Cikgu Hairul says
Boleh tak boleh kena boleh la. Ambik contoh negara Komunis, tapi bukan semua industri milik negara. Cuma 3 entiti penting tu je la yang kerajaan ambik.
Achik Ezz says
Tak boleh bg option ke pada rakyat.sapa nak ambek la,sapa tak nak tolak je.konon2 icare,pastu pegi hospital diorang buat tak tau je.service lagi hampeh.pastu apa jadi pada klinik dan hospital swasta?kalau diluluskan,insuran yang sedia ada macammana ek?apa2 pun,bagi Achik Ezz kita jaga kesihatan..who are really cares about us,kalau bukan diri sendiri.
Cikgu Hairul says
Masih dalam cadangan.. Tunggu dan lihat