Alhamdulillah keputusan PMR baru saja diumumkan. Seramai 30863 mendapat pangkat A dalam semua matapelajaran. Peningkatan yang membanggakan hampir setiap tahun. Tahun ini khabarnya adalah pencapaian terbaik dalam tempoh empat tahun kebelakangan ni.
Sekarang lepasan PMR sebuk memilih bidang apa yang akan dipilih semasa tahun depan. Usah memeningkan kepala memikirkan jurusan apa nak diambil dik. Mana yang sekolah tentukan tu terima je la. Minat boleh dibentuk. Lagipun bidang yang kita ceburi sekarang tak semestinya kita dapat masa nak masuk Universiti nanti. Tugas adik-adik sekarang adalah belajar je apa yang diajar.
Kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang 8A cuba-cubalah mohon sekolah teknik atau sekolah berasrama penuh. Tapi itu pun bukan jaminan untuk cemerlang. Kalau adik-adik yang berada di sekolah harian biasa pun boleh cemerlang, tak mustahil bila spm nanti adik pun boleh berjaya juga. Jangan frust kalau permohonan ke SMT atau SBP tak diterima. Banyak lagi peluang boleh direbut di sekolah harian biasa.
Cemerlang PMR sama sekali bukan jaminan untuk cemerlang dalam hidup. Memang betul dari segi intelektual anda A. Cuba perhalusi aspek lain. Jasmani, Emosi dan Rohani. Adakah ketiga-tiga elemen tersebut berjaya. Kalau perangai tak elok maknanya hidup anda tak secemrlang PMR anda. Ubah diri bagi membentuk insan yang seimbang Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelaktual.
p/s: Intelektual hanya sebahagian dari Falsafah Pendidikan. 3 Yang lain kena capai juga
Leave a Reply