Masuk je 1 Januari, mesti ada keluar berita macam ni kat suratkhabar. Tak semua tapi salah satu mesti ada. Inilah cerita awal tahun yang orang sibuk nak ambik tahu.
1. Kelahiran Bayi.
Masuklah para wartawan ke hospital-hospital mengintai sesiapa yang beranak. Lalu dikumpulkan dan dijadikan cerita sensasi. Empat puluh satu bayi tahun baru dilahirkan. Ini cerita dari dulu kini dan mungkin selamanya. Entah apa yang nak disibukkan dengan kelahiran anak orang pun tak tahu la.
Kalau artis yang dapat anak 1 Januari, lagilah banyak ceritanya. Suratkhabar, majalah, blog dan tak kurang di fb dan twitter. Sampai tak cukup ruang nak menulis. Keluarlah kisah cinta retis tersebut. Bila nikah, bila bulan madu, bila buat anak, bila mengandung dan macam-macam cerita lagi yang orang sibuk nak tahu.
2. Mangsa Tangkapan Majlis Agama.
Cerita ini pun panas juga. Malam sambutan tahun baru dirasakan macam satu kebebasan bagi remaja. Orang majlis agama dan pihak berkuasa pulak jadi orang paling sibuk pecah masuk hotel-hotel murah bagi mencegah kemungkaran yang dibuat kat situ.
Wartawan pun apa lagi. Menangguk di air yang keruh la kan. Ops! itu kan memang tugas mereka. 1 Januari keluarlah berita Minah kena tangkap khalwat, Ali kena cekup bersekedudukan dengan akak angkatnya dan macam-macam cerita lagi.
Berita akan jadi berminggu-minggu dan berbulan-bulan kalau yang kena cekup itu ahli politik pembangkang. Sure ramai yang share di fb dan tweet. Bab menyebarkan aib orang memang orang suka kan?
3. Mat Rempit Kecundang.
Malam tahun baru memang syok nak merempit. Ramai-ramai round town dengan bangganya. Willi, wikang last-last terkangkang. Ini pun best juga dijadikan berita muka depan akhbar. Sibuk juga kita nak tahu berapa ramai rempitan kecundang.
4. Sambutan Seluruh Dunia.
Kita nak tahu jugak, maca mana orang Uganda sambut tahun baru. Orang Afrika pun kita nak tahu macam mana diorang sambut merdeka. Barulah kita boleh jadi maju. Tahun depan boleh la ikut cara diorang sambut tahun baru.
Sebenarnya banyak lagi yang orang cuba ambik tahu masa awal tahun. Itu cuma sebahagian yang dihilightkan oleh akhbar tempatan je. Apapun awal tahun semua mengharapkan berita-berita baik. Semoga sepanjang tahun akan bertambah baik dan makmur.
berita sensasi yang dah basi …. saban tahun ade…..
Akhbar suka menyuapkan berita basi kepada orang Malaysia. Emmm… tapi itulah yang menjadi sensasi.
itu memang headline tiap2 tahun
berita yang orang cari atau berita yang sengaja disuakan oleh akhbar? tak mengembangkan minda langsung.
Tahun baru, berbanding baca berita, aku layan 9gag, lagi banyak post-post “deep” mengenai tahun baru. haha
9gag tu menda apa? tak pernah dengar pun. share la sikit.
boleh cuba layan ni, cikgu
memang terhibur
ramai juga yang sedang ambil tahu mengenai rebet rm200 hp tu, cikgu
benda biasa. bagi aku dah basi. tak best baca benda macam tu. haha..
Itu ke tahap mentaliti orang malaysia?
Mentaliti diorang je…
Sebab diorang je perasan macam orang suka sangat berita sampah diorang tu..orang kurang berwawasan memang suka layan cerita basi macam tu..dan orang yg suka cari cerita basi tu adalah orang yang tak de wawasan. Minda terperuk seperti katak dalam tempurung dibawah katil dihujung kampung..huhuhu…kesian..