Minggu lepas banyak sangat kejadian di seluruh pelosok dunia. Kebanyakkannya menyentuh emosi dan fikiran. Sapa yang tak tersentuh, tak tau la nak kata. Mungkin ada wayar short kat otak agaknya.
Paling hot cerita duo eko menuso yang tak reti beradab. Heboh seantero Malaya cerita tentang dia ni. Dari dulu tak habis-habis menghina agama orang. Dia silap, sebab menjolok sarang tebuan. Bila tebuan dah menyengat, buruk padahnya.
Aku tak anggap benda ni sesuatu yang sangat besar. Kenapa? Cuba hayati dan fahami terjemahan ayat Quran ini. Allah swt telah berfirman dalam Quran surah Al-Anaam :
Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu). (68)
Senyap-senyap pun dalam hati sapa tau kan. Ada jugak marahnya. Tapi tak la sampai nak colek orang. Biar pihak berkuasa menghukum orang macam tu. Di penghujung minggu tu, rasa terubat sikit hati ini bila pihak berkuasa dah mula tunjuk respon yang baik.
Cerita kedua yang sempat aku tengok sendiri kemeriahannya ialah isu air zamzam celup rambut Rasulullah. Isu ni dah melarat-larat. Dua pihak yang sama-sama mengucap dua kalimah syahadah saling kafir mengkafir.
Ini sudah jadi gawat. Benda yang remeh temeh macam ni pun korang nak gaduh sampai gitu sekali. Rugi la wei. Yang jadi parahnya lepas satu, satu isu timbul. Serunding anai-anai lagi la hot. Tak terfikir dek akal yang waras.
Masing-masing kan dah ada hujjah sendiri. Kenapa nak kata amalan mereka betul atau salah. Selagi kita semua masih solat, bersyahadah, percaya Rasul dan masih percaya kepada rukun Islam dan Iman yang sama, biarlah. Jangan saling mempertikai amalan orang lain.
Aku cuma pegang satu je. Rasulullah sendiri cakap dia tinggalkan untuk umatnya dua perkara, Al Quran dan Sunnah. Barangsiapa ikut dua perkara ni, Insyallah selamat dunia akhirat. Jadi fikirlah sendiri. Adakah perkara yang kita buat tu ikut dua perkara yang diwariskan oleh Baginda?
Cerita hot ketiga ni agak sensetif, terutamanya kepada perempuan. Pantang betul kalau ada isu kawin lebih satu. Ada aja yang bantah dan emo tak tentu pasal. Biarlah rumah tangga orang tu. Nak canang sangat pun tak ada faedahnya. Lagi-lagi di bulan Ramadhan. Tumpukan pada amal ibadah, selesai masalah. Tak payah pening kepala memikirkan masalah rumahtangga orang.
>>Punca Perceraian Di Malaysia Yang Wajib Kita Ambik Tahu<<
Banyak lagi cerita-cerita hot minggu lepas. Kebanyakkannya disensasikan sampai meletup wall fb, twitter dan blog. Sesungguhnya aku sedang berpuasa. Nak tepis semua cerita bukan senang. Sipi-sipi pun boleh buat kita rasa tak selesa.
Ok lah. Kita tinggalkan dulu cerita-cerita hot minggu lepas. Selamat menjalani minggu-minggu Maghfirah ni dengan tenang. Usah difikirkan sangat masalah dunia yang tak berkesudahan. Malam ni jangan lupa solat terawih. Buat kiamulail sekali. Amalan sikit yang berterusan itu lebih disukai Allah daripada kita buat banyak terus tapi terhenti dan hangat-hangat tahi ayam.
titan says
hoho..bab air zam-zam tu..entah la..kekadang pelik gak bila fikir..
Cikgu Hairul says
takde peliknya bro. sekarang ni zaman macam-macam. kita tak terfikir, tapi ada yang mampu fikir sampai ke tahap tu.
onlajer says
cerita yang kedua itu aku tak perasan lagi, cerita yang pertama tu rasa kalau dekat saudi memang dah kena serkop kain hitam sambil tunggu sang algojo datang bawa pedang.
Cikgu Hairul says
cerita tu ada dalam page-page tertentu. jadi hot bila orang berserban mula campur tangan. saudagar agama layaknya digelar.
AUC says
nak search cari isu air zamzam baru tau heheheh
Cikgu Hairul says
Carilah.. mungkin maklumat itu akan berguna untuk kita lebih paham kekalutan yg berlaku.
fyna says
memang hot pasal avivian tue.
Cikgu Hairul says
Sampai ke parlimen dibuatnya.
Joe says
Yang dua orang tue memang saje nak cari nahas.
Cikgu Hairul says
Dah ada yang ugut bunuh bagai. Sekarang terima la nasib..
SentiasaPanas says
Dua wajah ahli neraka..
suri says
apa terjasu susah nak kata lebi2h lagi bila masing2 terlalu pandai..
encikarman says
adakah citer menu puasa tuh ada kaitan dgn PRK Kuala Besut? ada ke?
maza says
alkisah alvivi itu fadan muka ente.. tu lah menggatal sangat kan kan kan.
hat celup rambut nabi itu agak fening juga.. aderkkkkk..
kakiblog says
cerita -cerita begitu memang hot..cuma soal menghina agama sangat sensitif…memang ada yang kool tetapi membela agama perlukan tindakan berhemah.
Hafizul says
Emm yang air zam-zam tu tak tahu la pulak..tak pernah dgr pun..saya tak cakna mana dek pun..tapi yang cina dua orang tu, entah lah..mujur pihak berwajib dah ambil tindakan..
Hairul Azni says
Oh! Banyak jugak cerita panas akhir2 ni ye?
Zuan says
aku agak tak setuju ngan cara diorng dihukum.. diorng kena macam tu, lagi la diorang anti islam..
macam mana pun, skrng rasanya hot balik pasal haze ke 2
TehR says
banyak yang kena buat untuk sejukkan macam2 cerita panas tu
yang penting jangan mudah panas hati
Cikgu Hairul says
Panas ati pun kena bertempat. Tak pasal-pasal nampak kebodohan sendiri nanti.
hafizmd says
ok..yg air zam2 tu baru tau ni..ohoho…
mmg dunia hari ni macam2 ada…tp macam cikgu cakaplah…pegang dua benda yg Nabi sebut tu…insyaAllah selamat…ameen