Baru dua minggu persekolahan bermula. Awal-awal memang banyak tugas yang perlu diselesaikan. Sampai saya kata pada isteri saya, “kerja cikgu ni pergi awal pagi, balik awal malam“. Lepas Maghrib sambung lagi kerja. Pagi-pagi pukul 430 bangun untuk siapkan kerja lagi. Kerja yang tak pernah habis agaknya.
Hujung minggu, kali ni dah kali ketiga berhujung minggu. Aktivitinya tetap sama. Masih sibuk dan bekerja. Umpama tiada istilah cikgu kerja sekerat hari. Tiada istilah cikgu bercuti Sabtu dan Ahad.
Sabar aja lah… Bukan merungut, bukan mengeluh. Cuma nak bagitau aktiviti cikgu dihujung minggu. Ramai juga orang di luar sana yang masih menganggap cikgu banyak cuti. Bila tak dapat beri komitmen dalam aktiviti remeh, ada yang cakap cikgu tak campur dengan masyarakat.
sharafie says
banyaknye kertas..tu nak buat tampal dalam kelas ke dalam bilik guru tu cikgu?? Semoga urusan cikgu hairul dipermudahkan la yer..
Cikgu Hairul says
Dalam kelas.. Murid-murid sekarang mana nak buat benda-benda tu. Cikgu la yang kena buat. Berbeza dengan kita dulu kan.. Jadual tugas, jadual kelas, carta-carta kat dinding tu semua kita sendiri yang buat. Sekarang susah sangat nak suruh mereka buat.
hairulafiz says
biasalah tugas pendidik…
anif says
Berkhidmat untuk masyarakt dan negara. Syabas! 😀
Cikgu Hairul says
Terima kasih bro Anif.
nazray says
betul tu, saya ada kawan masih belajar di maktab kat utara, kalau bercuti pergi pekan, dia mesti cari alat bantu mengajar, hehe, kesian gak tengok dia, tapi bagus dia ajar budak kelas khas. Macam2 cerita dia. Tabah menjadi seorang guru 😀
akubiomed says
Insyallah niat yang baik tentu ada habuan dari Allah SWT.
Cikgu Hairul says
Moga-moga macam tu la.
Izzat Aziz says
Cikgu banyak cuti apa, tertutama bulan 11-12, haha. Kerja memang penat, kekadang rasa itu je kehidupan seharian. Aku sekarang memang cuba tak nak lanjutkan masa bekerja dari masa yang “dibayar”, weekend rehat, lepas waktu kerja, walaupun masih ada tertangguh, aku tinggal sahaja, sambung esok. Kalau selalu lebihkan masa bekerja, takut nanti lagi tambah stress.
Cikgu Hairul says
Bekerja kerana Allah bro. Insha Allah hati kita tenang dan segala dipermudahkan.
Cikgu Makmal says
Dah tanggungjawan kita cikgu…biarkan lah mereka mengata kita..yang penting kita menjaga dan menjalankan amanah yang diberikan dengan cara kita yang terbaik…
Cikgu Hairul says
Bila memikirkan tanggungjawab, terubat sikit hati ini.
titan says
hoho..dah nama pun cikgu..
Cikgu Hairul says
Terima segalanya dengan tenang hati.
WRizuan says
hehehehe betul kata Titan tu, dah namanyer cikgu bro..sabar2…sama la kita…bila cikgu berbunyi@mengadu dikatanya mengungkit hehehe
Ethel I. Contreras says
Sekolah dah mula balik.Kembali kepada ‘Bussiness’ hakiki….mengajar tugasan yang tak pernah habis, bahkan makin bertambah….Cuti seminggu je….rasa2 nak lagi.Apa2 pun…amanah yang berbayar yang diberikan kepada kita, lakukan sehabis baik dan penuh keikhlasan.Kalau tidak balasan di dunia…..balasan di akhirat menanti kita.Lupakan soal APC(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) kerana itu bukan matlamat kita, walau pun kekadang nampak pincang dari segi siapa yang layak menerimanya. Biarlah yang memberinya jawab di Akhirat kalau tidak berlaku adil. Di dunia boleh lah berlakon…di depan Allah nanti tau lah natijahnya.Selamat berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama wahai cikgu semua.