Bismillahirrahmanirrahim.
Nama anak sekarang ni dah berbagai-bagai. Nama pelik-pelik dan susah nak disebut. Nama gempak tak setanding jasad. Sempena buka sekolah ni mudahlah kita dapati ada ibu bapa yang tarik muka dengan cikgu gara-gara salah tulis nama anak.
Begini, nama pelik ni ada dua macam.
Yang pertama ni ialah nama yang jarang disebut, jarang digunakan. Nama begini jarang cikgu salah tulis, sebab cikgu nampak aneh dan tulis dengan hati-hati.
Yang kedua pula, namanya tak lah semenggah manapun. Nak kata unik, ramai lagi yang nama macam itu. Cuma yang jadi pelik ialah ejaannya yang macam ibu dan ayahnya tak habis sekolah. Ini saya beri contoh, bukan nak menghina nama tu, tapi nak menjelaskan isu salah eja tu.
- Nama Malik. Sekarang tak semestinya dieja Malik, ada banyak cara ejaannya, Maliq, Malique, Malliq dll.
- Aryan pula ditulis mungkin dengan Ariyan, Arian, Aryan, Ariyann dll.
- Raiyan, Rayyan, Raiyann, Rayyann.
- Arif, Ariff, Arriff.
- Alhaq, Al-haq, Alhaqq.
Bukanlah salah cikgu. Sampai buku tulis anak pun cikgu nak kena tolong tulis. Apa mak bapak buta huruf kah? Jangan salahkan cikgu. Terimalah seadanya. Siapa suruh korang letak nama yang susah dieja? Dah sudah tu sudahlah. Nama pun dah lama pakai. Mana yang tak kena tu betulkanlah. Tak usah bising-bising. Dan buku sekolah anak-anak tu yang patut tulis nama ialah ibu bapa. Bila cikgu tolong tuliskan, berterima kasih lah.
Leave a Reply