Jadi guru hanya pilihan terakhir. Itu kata orang moden. Sebabnya jadi cikgu tak boleh kaya. Banyak kerja pulak tu. Sesetengah orang tengok guru cuma sebelah mata. Ada yang kata ala cuma cikgu sekolah rendah je. Itu pandangan masyarakat sekarang.
Hakikatnya ramai teriur dengan kerjaya guru. Berhempas pulas merebut jawatan itu. Tengok je lah orang yang memohon IPG, KPLI, KPLD, GSTT dan sebagainya. Beratus ribu orang nak jadi guru. Bila tak diterima mulalah menuduh kerajaan itu dan ini.
Ramai juga yang mahu jadi guru tapi terpaksa jadi guru. Hasilnya macam-macam masalah timbul. Sapa merana? Murid la jadi mangsa. Minggu lepas ada murid mati dipukul guru. Ada juga guru patah idung ditumbuk murid. Semuanya pasti guru jadi mangsa.
Cikgu, kita kena ingat apa tujuan kita jadi cikgu. Bukankah kita pernah belajar untuk menjadi guru. Sepatutnya kita adalah seorang guru terpelajar. Boleh transform sesuatu menjadi sesuatu. Lebih penting menjadikan negara dihuni oleh manusia bersifat manusia.
Marilah kita bersatu hati mencapai apa yang terkandung dalam FPK. Nanti anak bangsa kita juga yang akan mengenang akan kita. Buruk kita, buruklah negara. Buruk negara, hancurlah dunia.
Leave a Reply