
Cinta juga mengalami musim-musim tertentu. Sama seperti negara-negara empat musim. Musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Aku tak pernah tau pun sebelum ni. Bila dengar motivasi pagi hari ni dalam kereta, baru aku tau.
Cinta Musim Bunga.
Berlaku semasa baru-baru kawin. Semuanya indah-indah belaka. Suami masuk dapur peluk isteri tengah masak hehehe.. macam pengalaman je. Isteri usik-usik idung suami masa bangun pagi. Jalan pegi pasar pegang tangan. Macam-macam warna-warni bahagia di situ. Kadang-kadang cemburu juga tengok pasangan macam ni. Sentiasa mesra.
Setahun dua kahwin nampak cantik. Maklumlah baru dapat. Masuk tahun ketiga kebanyakkan perkahwinan mulalah ada yang terasa tak kena. Maka masuk era musim kedua.
Cinta Musim Panas.
Semasa bercinta semuanya disorok. Tujuh tahun bercinta, kentut busuk mampu disorok. Baru tujuh hari kahwin, semua dah terbongkar. Tiada apa yang mampu disorok lagi. Masa tu lah mula ada komplen sana-sini. Isteri malas mandi la, suami tidur berdengkur la, isteri suka membebel la, suami kaki tidur la. Macam-macam ketidakpuashatian dicipta.
Kenapa tidak boleh menerima keadaan pasangan seadanya? Saat ini perselisihan faham mudah berlaku. Masing-masing cepat panas. Iyelah musim panas la katakan.
Bila musim panas berpanjangan, tak mustahil musim luruh melanda.
Cinta Musim Luruh.
Semua benda tak kena. Tawar lagi hambar. Tiada lagi saat romantik seperti musim bunga. Saat ini si isteri dan suami merasakan ada pun takpe, tak ada lagi baik. Ada macam tak ada. Masing-masing dah tak kesah. Buat kerenah masing-masing.
Musim Luruh yang tidak terkawal akhirnya masuk musim Sejuk.
Cinta Musim Sejuk.
Ibarat musim sejuk di negara empat musim. Banyak aktiviti tergendala.Kali ini pasangan sudah tak seperti pasangan lagi. Masing-masing bawa tujuan masing-masing.
Perkahwinan yang dibina berdasarkan rasa cinta akhirnya musnah kerana tiada lagi persefahaman. Mintak-mintak Allah jauhkan perkara ni berlaku kepada kita dan keluarga kita.
Ketika mula masalah dikesan dalam rumahtangga, pasangan mesti ambik langkah pencegahan. Jangan asik nak komplen je. Sebelum komplen pasangan, lihat dulu kelemahan diri. Kita perbaiki kelemahan itu. Adat la dalam rumahtangga ada pasang surutnya. Itu boleh dijadikan sebagai pemanis kehidupan. Kita dijadikan untuk saling lengkap melengkapi.
Aku teringat kata-kata Prof Dr. Rashid Rajuddin, “Kalau kita letakkan target pasangan tu 10 markah yang paling perfect, tiba-tiba kita cuma dapat pasangan 2 markah je, itu tak mengapa. Barulah ada adventure nak naikkan markah tu jadi 10. Tapi kalau dah dapat pasangan yang markahnya 10, super perfect, mana adventurenya perkahwinan kita?”
P/S: Pesanan untuk diri sendiri agar sentiasa berada di Musim Bunga
“Tapi kalau dah dapat pasangan yang markahnya 10, super perfect, mana adventurenya perkahwinan kita?โ Adventure utk dapatkan yang score 10 tu dan adventure utk kekalkan score 10 tu bila dah kahwin. Mempertahankan kejuaraan lebih adventure dari mendapatkan kejuaraan.
Owh ye lah.. hehehe
Kalau di Malaysia mungkin kena ada Musim-musim tambahan antaranya musim tengkujuh, musim banjir, musim buah-buahan ๐
Macam mana agaknye ye kalau cinta musim tengkujuh.. Heheheh dah bayangkan sesuatu yang best.. Hehehe
wahh, sampai 4 musim jadinya..
Kalau kat Malaysia tambah lagi musim tengkujuh.. Bak kata Bro Anif.. Hehehe
Tu musim menambahkan penduduk ๐